Tuesday, 18 February 2014

KES BUNUH PENGASAS AMBANK: LELAKI BAWA SUSPEK PEMBUNUH DIPENJARA 14 TAHUN & ENAM SEBATAN

-ATAS KESALAHAN MEMILIKI SEPUCUK PISTOL WALTHER MODEL PKK/S CAL. 9MM KURZ/380AC, PEMANDU TEKSI TERSEBUT DIHUKUM PENJARA 10 TAHUN & EMPAT SEBATAN!-


Pemandu teksi yang dipercayai membawa suspek pembunuhan pengasas kumpulan Ambank, Hussain Ahmad Najadi, dihukum penjara 14 tahun dan enam sebatan oleh Mahkamah Sesyen di sini pada Isnin atas tuduhan memiliki pistol dan peluru, tahun lalu.

Hakim Azwarnida Affandi, menjatuhkan hukuman itu terhadap Chew Siang Chee, 46, selepas mendapati pihak pendakwaan berjaya membuktikan kes melampaui keraguan munasabah.

Azwarnida dalam penghakimannya, berkata pembelaan tertuduh bersifat penafian semata-mata dan hanya difikirkan kemudian.

Tertuduh dihukum penjara 10 tahun dan empat sebatan bagi kesalahan memiliki sepucuk pistol jenis Walther Model PPK/S Cal. 9mm Kurz/380ACP bersama sebuah majalah.

Mahkamah turut menjatuhkan hukuman penjara empat tahun bagi tuduhan memiliki empat butir peluru hidup tanpa lesen.

Hukuman diperintah berjalan berasingan.

Semua kesalahan didakwa mengikut Seksyen 8 Akta Senjata Api (Penalti Lebih Berat) 1971 (Akta 37), yang memperuntukkan penjara maksimum 14 tahun dan sebat serta Seksyen 8(a) Akta Senjata Api 1960, yang boleh dihukum penjara maksimum tujuh tahun dan denda atau kedua-duanya.

Wan Shaharuddin Wan Ladin adalah Timbalan Pendakwa Raya manakala peguam Ramesh Raj mewakili Chew. (sumber

-UnReportedNews™®

No comments:

Post a Comment

You can comment whatever you want here but UnReportedNews™® will not be responsible if in the occasion that any legal action are to be taken on the person commenting in by other parties. :)

-UnReportedNews™®

UnReportedNews™® Hot Sizzling Malaysian Counterparts List