Monday 3 February 2014

ANWAR IBRAHIM MULA BERDALIH MENGENAI PRK KAJANG

-NUAR BRAHIM SEPERTI BIASA KAKI TEMBERANG, MENEMBERANGKAN PENYOKONG-PENYOKONGNYA SENDIRI! SUDAH-SUDAH LAH TU NUAR, USAH NAK MENAMBAH DOSA MENGELENTONG RAKYAT LAGI! KEKEKE!!!-

Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyifatkan keputusan beliau bertanding dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kajang sebagai salah satu unsur kejutan bagi terus menarik perhatian umum.

Malah, beliau turut mengakui keputusan itu merupakan strategi Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang berdepan pelbagai tekanan dalam politik semasa.

Dalam masa sama, Anwar mengakui strategi mengosongkan kerusi DUN Kajang bagi memberi laluan kepadanya untuk bertanding memang sudah dirancang.

"Peletakan jawatan Chin Cheh pada 27 Januari lalu dilakukan menerusi rundingan terlebih dahulu dan bukan secara mengejut.

"Dia letak jawatan sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri kerana hendak beri ruang kepada saya untuk bertanding. Kerajaan Negeri Selangor juga mengetahui tentang perkara itu," katanya dalam ceramah di sini semalam di Permatang Pauh.

Ceramah berkenaan diadakan untuk memberi penerangan kepada penyokong PKR berikutan keputusan beliau mahu bertanding dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kajang selepas wakil rakyatnya, Lee Chin Cheh meletak jawatan.

Bagaimanapun, sepanjang kira-kira 45 minit berucap, Anwar dilihat gagal memberi penjelasan meyakinkan kepada lebih 200 orang penyokongnya yang hadir sehingga ada yang bertindak keluar dewan.

Sementara itu, Anwar yang juga Ahli Parlimen Permatang Pauh dalam ceramahnya turut mengakui wujud pelbagai masalah besar di Selangor yang gagal diselesaikan kerajaan negeri yang diterajui Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.

Menurutnya, isu membabitkan kontroversi penggunaan kalimah Allah oleh bukan Islam, masalah gereja dan rampasan Bible versi bahasa Melayu mengandungi kalimah Allah dan isu air yang sehingga kini gagal diselesaikan menyebabkan beliau terpaksa campur tangan dan tampil 'membantu' Abdul Khalid.

"Kerajaan Selangor memang berdepan dengan masalah dalaman tetapi masih terkawal. Saya akui negeri Selangor ditadbir dengan baik dalam bidang ekonomi, tetapi masalah gereja dan Bible merupakan masalah paling berat di Selangor dan menjadi isu nasional.

"Jadi, saya perlu tampil membantu untuk selesaikan masalah yang wujud ini," katanya.

Menurut Anwar, beliau akan memberi satu lagi penjelasan terperinci mengenai hasratnya bertanding pada Isnin ini di Kajang bersama Abdul Khalid dan Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali.

Sementara itu, dalam sidang akhbar kemudiannya, ketika ditanya jika Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah tidak berkenan beliau dilantik sebagai Menteri Besar baharu sekiranya menang, Anwar berkata: "Saya fikir kita tidak patut libatkan Tuanku Sultan dalam hal politik yang berlaku. Beliau (Baginda) perlu dihormati. 

Kita pula akan meneruskan agenda untuk rakyat," katanya. -Utusan Malaysia

-UnReportedNews™®

No comments:

Post a Comment

You can comment whatever you want here but UnReportedNews™® will not be responsible if in the occasion that any legal action are to be taken on the person commenting in by other parties. :)

-UnReportedNews™®

UnReportedNews™® Hot Sizzling Malaysian Counterparts List