Sunday, 2 February 2014

"KETUA DE FACTO KAJANG", SALAH SATU CADANGAN YUKTES UNTUK BN MEMENANGI PRK KAJANG!

-FIRASAT YUKTES, BEKAS PEGUAM BELA ANWAR IBRAHIM JIKA TIGA CADANGAN INI DIGUNAPAKAI DI KAJANG & KESEMUAAN DUN DI MALAYSIA, MAKA KERJA ADUN ITU LEBIH EFISYEN! BRO YUKTES, SEMOGA ANDA JADI CALON PILIHAN AKAN BERTEMU DENGAN ANWAR IBRAHIM! BARULAH BUKU BERTEMU DENGAN RUAS! KEKEKE!!!- 

Ada tiga idea yang akan dilaksanakan di Kajang; aspek kesihatan, aspek pendidikan dan aspek kepimpinan. Apa guna dengar A atau B tentang sesuatu masalah dalam ceramah? Ceramah tidak pernah selesaikan mana-mana masalah. Langkah dan strategi yg tinggalkan impak dan selesaikan masalah. Saya lebih gemar pakai noktah daripada bubuh koma.

Bab kesihatan telah ditetapkan. Lepas ini aspek pendidikan di mana semua pelajar akan dibimbing kaunselor berpengalaman dan bekas guru-guru saya. Mereka telah berjanji untuk membantu tunjuk jalan kepada pelajar yang cemerlang dan juga kurang cemerlang. Ideanya untuk pastikan tiada yang tercicir kerana kekurangan sokongan dan dorongan.

Yang terakhir, menubuhkan jawatan "Ketua De Facto Kajang" dinamakan sempena anwar mengingati kata-kata Azmin yang menyeru agar penduduk kajang bersyukur dapat ADUN kelas dunia.

Seorang anak muda dalam lingkungan usia 30 tahun ke bawah akan dipilih dan diberi elaun sebanyak RM 300 setiap bulan untuk memantau DUN Kajang. Pungutan sampah,harga barangan, jalan yang berlubang, aduan yang diendahkan ADUN dan lain-lain. Kesemua itu akan dilaporkan setiap bulan dan diberikan kepada seorang doktor yang saya kenal. Dia bukan ahli politik, tiada jata parti dalam diri.

Tiga aspek ini akan dimulakan di Kajang dan akan dilaksanakan di setiap DUN di seluruh Malaysia. Kalau tuhan izinkan. BN ke Pakatan, yang tak berkhidmat untuk rakyat kita tendang. Gelaranya WAKIL rakyat, mereka mewakili kita bukan MENGETUAI kita, ramai di antara kita dah lupa siapa boss.

Ini gaya politik saya, tiga idea di atas sampelnya, kunjungan kepada realiti kelak.

-UnReportedNews™®

No comments:

Post a Comment

You can comment whatever you want here but UnReportedNews™® will not be responsible if in the occasion that any legal action are to be taken on the person commenting in by other parties. :)

-UnReportedNews™®

UnReportedNews™® Hot Sizzling Malaysian Counterparts List