Tuesday 14 January 2014

"SULTAN" MELAKA DIBERKAS POLIS

-"BAGINDA" TELAH DIIRINGI KE BALAI POLIS & DIJANGKA AKAN DIBAWA KE MAHKAMAH BESOK UNTUK MENDAPAT TAHANAN REMAN. NAMPAKNYA, BAGINDA TERPAKSA BERADU DIDALAM LOKAP MALAM INI! KEKEKE- 


Individu yang mengakui dirinya sebagai Sultan Melaka akhirnya diberkas polis sebentar tadi.

Sehingga kini, sekurang-kurangnya tujuh laporan polis telah dibuat oleh orangramai terhadap indiviidu yang mengakui dirinya sebagai Sultan Melaka.

Tangkapan telah d buat oleh sepasukan anggota polis pagi tadi ketika Raja Nor Jan dalam perjalanan ke Pulau Besar Melaka.

Berikutan penahanan itu, sekumpulan kecil yang dipercayai adalah dikalangan "rakyat setia" Raja Nor Jan berkumpul d luar balai.

Pengadu-pengadu membantah terhadap Raja Norjan iaitu seorang orang awam mendakwa dirinya sultan melaka yg telah mengurniakan pingat dan mengadakan adat istiadat dan lain-lain aktiviti yang menjurus kepada dakwaan olehnya bahawa beliau mendapat restu dari ICJ (Mahkamah Keadilan Antarabangsa).

Terdapat juga aktiviti yang dirancang melalui SMS utk mengadakan majlis kesinambungan pd 14hb Januari 2014 di Pulau Besar. 

Perbuatan ini dianngap boleh mengancam keselamatan dan timbul salah faham dikalangan masyarakat dan pengadu-pengadu meminta pihak berkuasa ambil tindakan.

Salah seorang pengadu telah mengadu kenyataan dibuat Nor Jan Shah Tuah yang mendakwa beliau adalah Sultan Melaka yang sah serta mengadakan upacara pengurniaan pingat serta lain lain aktiviti ibarat upacara kenegerian serta mendakwa mendapat restu ICJ. 

Pengadu, 38 tahun yang merupakan salah seorang dari pemimpin belia merasa terhina dan menggangap perbuatan Norjan yang mengaku Sultan boleh menjejaskan keselamatan dan menimbulkan salah faham dan ingin pihak polis mengambil tindakan. 

-UnReportedNews™®

No comments:

Post a Comment

You can comment whatever you want here but UnReportedNews™® will not be responsible if in the occasion that any legal action are to be taken on the person commenting in by other parties. :)

-UnReportedNews™®

UnReportedNews™® Hot Sizzling Malaysian Counterparts List