Saturday 4 January 2014

SELAMAT TAHUN BARU KEPADA LELAKI DISYAKI ANCAM KM SARAWAK!

-HAPPY NEW YEAR BRO! WA KESIAN SAMA LU SEBAB SAMBUT TAHUN BARU DALAM LOKAP! MORAL OF THE STORY: KERANA MULUT BADAN BINASA, KERANA KEYBOARD, DALAM LOKAP MERANA! KEKEKE!!!-

Seorang lelaki yang dipercayai terbabit mengeluarkan kenyataan berunsur ancaman terhadap Ketua Menteri Pehin Sri Abdul Taib Mahmud menerusi Facebook (FB) dibebaskan dengan ikat jamin. (klik sini)

Pesuruhjaya Polis Sarawak Datuk Sabtu Osman berkata, lelaki berkenaan dibebaskan selepas direman tiga hari bagi membantu siasatan berkaitan tindakannya.

“Sepanjang menjalani tahanan reman dia memberi kerjasama dan kita berasakan tidak perlu untuk melanjutkan tahanan reman terhadapnya.

“Jadi kita bebaskan dia dengan ikat jamin,” katanya pada sidang media di sini semalam. Bagaimanapun, menurutnya, polis akan terus memantau kegiatan lelaki terbabit walaupun telah bebas.

“Kita akan buat siasatan lanjut dan laporan (siasatan) akan dikemukakan kepada pendakwa raya,” ujarnya.

Isnin lepas, lelaki terbabit diberkas di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching (LTAK) pada jam 9.20 malam bagi membantu siasatan.

Susulan penangkapan itu, lelaki berusia 33 tahun itu ditahan reman untuk tempoh tiga hari sehingga semalam.

Sehubungan itu, Sabtu terus menasihati orang ramai agar mengambil langkah berwaspada ketika mengeluarkan sebarang kenyataan di laman sosial untuk mengelak berlaku sebarang masalah. (sumber)

-UnReportedNews™®

No comments:

Post a Comment

You can comment whatever you want here but UnReportedNews™® will not be responsible if in the occasion that any legal action are to be taken on the person commenting in by other parties. :)

-UnReportedNews™®

UnReportedNews™® Hot Sizzling Malaysian Counterparts List