Wednesday, 22 January 2014

DIROGOL BAPA TIRI SETIAP HARI!

-MANGSA MENDAKWA BELIAU DIROGOL SETIAP HARI OLEH BAPA TIRINYA YANG BEKERJA SEBAGAI BURUH SEJAK TAHUN LEPAS & HANYA MEMBUAT LAPORAN POLIS KERANA SUDAH TIDAK TAHAN LAGI!-

Seorang wanita yang berusia 28 tahun membuat laporan polis siang tadi mendakwa beliau telah di rogol hapir setiap hari oleh bapa tirinya semenjak November tahun lepas.

Wanita yang bekerja sebagai pencuci kontena makanan mendakwa kali terakhir beliau dirogol oleh bapa tirinya adalah di rumah mereka di Demak Laut, Kuching, Sarawak pada jam 7 pagi pada 20hb Januari 2014 lepas.

Mangsa yang telah berkahwin dan mempunyai dua orang anak yang berusia 7 dan 11 tahun dan kini dalam proses perceraian dengan suaminya sejak 30hb Mei 2013 mendakwa ketika kejadian, tiada sesiapa di rumah mereka, termasuk ibunya yang bekerja sebagai pengutip bola golf.   

Mangsa, yang mendakwa menjerit meminta bantuan ketika dirogol oleh bapa tirinya yang bekerja sebagai buruh juga menyatakan belIau tidak pernah memberitahu kejadian kepada sesiapa selama ini namun akhirnya tampil membuat laporan polis kerana tidak tahan lagi.

Siasatan lanjut masih dijalankan, termasuk mengambil keterangan  saspek dan juga emak mangsa. Sementara itu, mangsa kemudiannya telah dihantar ke hospital untuk pemeriksaan dan tindakan lanjut.

-UnReportedNews™®

No comments:

Post a Comment

You can comment whatever you want here but UnReportedNews™® will not be responsible if in the occasion that any legal action are to be taken on the person commenting in by other parties. :)

-UnReportedNews™®

UnReportedNews™® Hot Sizzling Malaysian Counterparts List