Tuesday 17 December 2013

PKR & DAP TAK SEBULU DI SARAWAK?

-HAMPEH BUDAK AJIS TU, AKU HARAP BAHA (BAHARUDDIN MOHSEN-PEMIMPIN MELAYU PKR SARAWAK) AKAN MENGAMBIL TINDAKAN WAJAR AKAN  "KEKURANGAN HAJAR" DAP MEMBUKA CAWANGAN DI TUPONG, SIMUNJAN & BETONG TANPA PERSETUJUAN PKR SARAWAK! INI DAH KIRA KES MASUK RUMAH ORANG TAK BAGI SALAM LER! KEKEKE!!!-

Siang tadi aku minum dengan seorang rakan lama yang aku kenali dari kecil lagi. Orangnya baik namun sayang, pemahaman politiknya dengan aku jauh agak berbeza. Beliau adalah salah seorang "orang kuat" PKR Sarawak.

Bila di "provoke" mengenai insiden DAP "masuk ke rumah" PKR (Tupong) dimana Pusat Khidmat DAP Tupong dibawah penyelarasan Abdul Aziz Isa , rakan aku mengerutkan dahi sambil bertanya, "Siapa budak Aziz ni? Memandai-mandai nak masuk "area" PKR?".

Rakan aku juga mendedahkan, setahu beliau, DAP Sarawak langsung tidak pernah berbincang apatah lagi meminta "kebenaran" dari pihak PKR Sarawak untuk menubuhkan Pusat Khidmat DAP di "kawasan-kawasan PKR".

Bagaikan kecewa dengan sikap berdiam diri pemimpin-pemimpin Melayu PKR Sarawak, rakan aku, yang beranggapan Baharuddin Mohsen, sebagai pemimpin Melayu PKR Sarawak yang veteran seharusnya menyatakan pendiriannya dalam perkara ini.

"Saya berserta ramai lagi rakan-rakan Melayu PKR yang lain begitu kecewa dengan perkembangan ini dan sekiranya ada peluang, saya sendiri akan bertanya dengan Baha (Baharuddin Mohsen) secara terus terang. Janganlah PKR Melayu di injak-injak sebegitu rupa oleh DAP!," luahnya lagi.

Tersenyum aku mendengar luahannya, Alhamdullillah ramai juga rakan-rakan seAgama dan seBangsaku dalam PKR berfikiran demikian.

Aku rasa tidaklah begitu keterlaluan bagi aku mentafsirkan tindakan DAP masuk ke kawasan Melayu/Islam bagaikan "menjual daging khinzir" dengan mempergunakan seorang "peniaga Melayu". Tak gitu? Kekeke!!! Wasallam.

-UnReportedNews™®

1 comment:

  1. ngot...ngot...ngot. ..murah...murah...halai punya...

    ReplyDelete

You can comment whatever you want here but UnReportedNews™® will not be responsible if in the occasion that any legal action are to be taken on the person commenting in by other parties. :)

-UnReportedNews™®

UnReportedNews™® Hot Sizzling Malaysian Counterparts List