Thursday 21 November 2013

DAKWAAN "MEMBABI-BUTA" DAP SARAWAK

-GARA-GARA "KESILAPAN" SEWAKTU  MEMBENTANGKAN USUL, AHLI DEWAN UNDANGAN NEGERI SARAWAK DUDONG DIGESA MENCARI BUKTI MENYOKONG DAKWAANNYA MENGENAI KOS PEMBINAAN SEBUAH JAMBATAN! DIMANA ADUN BERKENAAN MENDAPAT JUMLAH KOS PEMBINAAN YANG MELEBIHI RM106 JUTA DARIPADA KOS YANG ASAL? KEKEKE!!!-


Kos pembinaan Jambatan Lanang yang didakwa memakan kos sehingga RM286 juta adalah tidak benar sekali.

Menteri Pembangunan Infrastruktur dan Perhubungan Sarawak, Dato Sri Michael Manyin Jawong berkata demikian ketika menafikan usul yang dibentangkan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Dudong, Yap Hoi Liong berhubung pembinaan jambatan tersebut di Sibu semalam.

Katanya, jumlah kos yang telah dipersetujui oleh pihak kontraktor, Woodville Development Sdn Bhd dengan Jabatan Kerja Raya (JKR) adalah RM180 juta.

"Saya tidak tahu di mana beliau (Yap) mendapat angka tersebut," ujarnya ketika ditemui pemberita selepas Mesyuarat Kedua Bagi Penggal Ketiga DUN Sarawak Ke-17 di sini, berakhir.

Menurutnya, pembayaran dibahagikan kepada tiga bahagian merangkumi pembayaran dalam bentuk tunai sebanyak RM10 juta, pembayaran dalam bentuk barangan RM90 juta dan pembayaran kepada tol sebanyak RM80 juta.

"Justeru, jumlah yang dinyatakan oleh ADUN Dudong adalah tidak tepat kerana saya telah memberitahu kos tersebut semasa persidangan DUN pada tahun 2011 yang lalu.

"Kini terpulang kepada beliau untuk mencari bukti yang boleh menyokong fakta beliau," jelasnya.

Sementara itu, Menteri Kewangan Kedua, Dato' Sri Wong Soon Koh turut menyelar usul ADUN berkenaan yang mengungkit cadangan pemberian tol percuma di Jambatan Lanang oleh kerajaan sebelum ini.

Tegasnya, cadangan terbabit akan dilaksanakan sekiranya rakyat Sibu memberikan sokongan padu kepada Barisan Nasional (BN) semasa Pilihan Raya Umum yang lalu.

"Kita boleh mengemukakan cadangan kepada kerajaan persekutuan berhubung pemberian tol percuma kepada rakyat Sibu dengan syarat, mereka memberikan sokongan kepada BN.

"Namun, seperti yang kita tahu, mereka memihak kepada pembangkang. Oleh itu, kita tidak ada kuasa untuk berbuat demikian lagi," ujarnya.

-UnReportedNews™®

1 comment:

  1. Inilah akibat mereka yg tak buat "homework".Hentam saja.Nah credibility ADUN tersebut tercalar dan akan dianggap " tidak boleh pakai" dlm apajua perbahasan pun.Melainkan beliau berjaya memberi penjelasan spt disaran YB Wong Soon Koh dan YB Michael Manyin.

    Buat pengajaran kpd semua ADUN.Jgn malas "buat homework".Dan jgn sekali2 buat kenyataan tanpa usul periksa.

    Kesian dgn ADUN Pelagus.Merepek dlm perbahasan.Dia tu wakil rakyat Pelagus di Kapit .Kenapa tak fokus tentang masalah Pelagus?Nak sibuk tentang peruntukan administration bagi Bintulu buat apa.Inilah kesilapan memilih wakil yg cetek ilmu pengetahuan.

    ReplyDelete

You can comment whatever you want here but UnReportedNews™® will not be responsible if in the occasion that any legal action are to be taken on the person commenting in by other parties. :)

-UnReportedNews™®

UnReportedNews™® Hot Sizzling Malaysian Counterparts List