Thursday, 21 November 2013

RAKYAT MALAYSIA DITIPU LAGI

-SEPANJANG KEMPEN "BLACKOUT" SEJURUS KEKALAHAN PR DALAM PRU-13, ISU 40K PENGUNDI BANGLA & BLACKOUT SERING DIJADIKAN MODAL UTAMA DALAM CERAMAH-CERAMAH YANG DIADAKAN PEMBANGKANG! SEKARANG DAH TAK MENGAKU PULAK! KEKEKE!!!-

Satu laporan polis dibuat terhadap Ketua Umum Pakatan Rakyat, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang menafian dakwaan bahawa Barisan Nasional (BN) telah menggunakan 40 ribu warga Bangladesh pada Pilihan Raya Umum ke-13  (PRU13) lalu.

Bekas pembantu peguam Datuk Seri Anwar Ibrahim, Yuktes Vijay Malaipan berkata tindakan mempertikaikan dakwaan tersebut merupakan satu tindakan yang dilihat mempunyai satu muslihat yang tersendiri bagi Ketua Pembangkang.

"Petang tadi saya dimaklumkan bahawa ada kenyataan yang dibuat oleh Ketua Pembangkang bahawa Pakatan Rakyat (PR) tidak menyebut seramai 40,000 warga Bangladesh, mereka sebut warga asing.

"Jika dia tidak menerangkan perkara ini, dia boleh menerangkan perkara ini sebelum Blackout berlaku. Apa tujuan dia sebenarnya selepas mengaibkan nama negara diserata dunia?," katanya ketika ditemui pemberita selepas membuat laporan polis di Balai Polis Jalan Travers disini, malam tadi.

Tambah Yuktes, sekiranya tindakan tersebut merupakan daripada penulis blog pro-UMNO, Anwar seharusnya memfailkan saman selepas dakwaan tersebut yang telah menggunakan nama PR pada PRU13 lalu.

"Samanlah jika ia betul ia merupakan satu daripada tindakan blogger UMNO.. Untuk membuktikan bahawa dia (Anwar) betul-betul tidak bersalah," katanya.

Sementara itu, Presiden Pertubuhan Ikatan Usahawan Kecil dan Sedarhana Malaysia (IKHLAS), Mohd Ridzuan Abdullah, melihat tindakan Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai satu tindakan sengaja untuk mengucar-kacirkan keadaan di Malaysia.

"Kita mahu Datuk Seri Anwar menjawab isu undi warga Bangladesh, kalau dia tidak menjawab, kita akan membuat protes besar-besaran demi menjaga keselamatan negara kita.

"Jangan beliau suka-suka beri kenyataan palsu dan hari ini putar belitkan isu tersebut. Hari ini kita boleh lihat bahawa beliau memang mahu menghuru-harakan negara kita" katanya.

Disamping itu, beliau turut berharap supaya Kementerian Dalam Negeri memainkan peranan yang serius dalam menangani isu tersebut.

"Dalam isu ini, IKHLAS harap Kementerian Dalam Negeri perlu harus tegas. Kami yakin dengan kepimpinan Datuk Seri Zahid Hamidi yang begitu serius dan kami yakin kementerian beliau akan mengambil tindakan terhadap pemimpin PR ini.

Semalam Anwar Ibrahim semasa membuat sidang media di Parlimen telah menafikan bahawa Pakatan Rakyat (PR) telah menggunakan isu 40,000 pengundi Bangladesh bagi menyerang Barisan Nasional (BN) pada Pilihanraya Umum Ke 13 (PRU13).

Anwar berkata, pihaknya telah melakukan kajian mengenai calon PR yang menyebut mengenainya ketika kempen tetapi hasil kajian tersebut jelas menunjukkan tidak ada yang membangkitkan isu tersebut.

"Siapa kata ada 40,000? Boleh rujuk balik kenyataan itu dan kita telah buat kajian tetapi tidak ada calon yang keluarkan kenyataan mengenai isu tersebut.

"Cuma kenyataan yang kita keluarkan memang ade pengundi luar yang akan mengundi," katanya.

Tambah Anwar, dakwaan bahawa 40,000 pengundi hantu dari Bangladesh turun mengundi dalam pilihan raya lalu mula ditimbulkan oleh penulis blog pro-Umno dan bukannya oleh pemimpin Pakatan Rakyat.

Bagaimanapun, pada 19 Nov lalu, kerajaan Bangladesh sekali lagi menafikan pembabitan lebih 40,000 warganya dalam proses demokrasi di Malaysia dan menolak dakwaan pembangkang kononnya mereka mengundi Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13) lalu.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, dalam pertemuannya dengan Perdana Menteri Bangladesh Sheikh Hasina, pemimpin kerajaan negara Asia Selatan itu turut menggeleng kepala tanda tidak percaya dengan dakwaan kononnya rakyatnya terbabit dalam pengundian pada PRU-13.

"Nampaknya misi yang kedua ini gagal kerana saya tidak dapat jumpa 40,000 orang Bangladesh yang dikatakan telah mengundi Barisan Nasional.

''Memang kita tidak ada memberikan 40,000 kewarganegaraan kepada orang Bangladesh dan Sheikh Hasina menafikan perkara ini berlaku," katanya.

Pada PRU 13 yang lalu, timbul dakwaan kononnya BN membawa masuk 40,000 pengundi hantu dari Bangladesh bagi tujuan penyelewengan dan ianya turut disiarkan di beberapa portal pro-pembangkang. (sumber

-UnReportedNews™®

No comments:

Post a Comment

You can comment whatever you want here but UnReportedNews™® will not be responsible if in the occasion that any legal action are to be taken on the person commenting in by other parties. :)

-UnReportedNews™®

UnReportedNews™® Hot Sizzling Malaysian Counterparts List