Monday 18 November 2013

BLOGGER PRO KERAJAAN SERANG TIMBALAN MENTERI KERANA MASALAH PERIBADI?

-NGAPER NI BRO? JANGANLAH TERLEBIH SPIN SANGAT! AWAK TU KAN PEGAWAI KERAJAAN, MAKA SEMEMANGNYA LEBIH FAHAM BAGAIMANA SOP AGENSI KERAJAAN BERTINDAK KAN? SIASATAN ATAU TINDAKAN AKAN HANYA MENYUSUL SELEPAS LAPORAN DIBUAT BUKANNYA MENYIASAT MEMBABI BUTA! TAKKAN SAMPAI BEGITU SEKALI SAKIT HATI KO DENGAN WAN JUNAIDI! KEKEKE!!!-

Agak kurang adil dan tidak professional sama sekali penulisan  blogger otai dari Sarawak yang telah mempersoalkan mengapa Timbalan Menteri Keselamatan Dalam Negeri (KDN) Datuk Dr Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar hanya baru kini mahu mengambil tindakan berkaitan kes yang melibatkan pegawai dan kakitangan Imigresen yang didakwa menerima sogokan dari sindiket tertentu bagi melepaskan warga asing yang diseludup menggunakan dokumen palsu.

Manakan tidak, takkan ko nak Wan Junaidi mengambil tindakan sebelum sesuatu laporan melibatkan salahlaku atau jenayah yang melibatkan mana-mana pengawai dikawalselia KDN dibuat?

Yang pastinya KDN memang tidak langsung akan berkompromi dengan mana-mana pegawai dibawah seliaan KDN yang telah melanggar undang-undang dan ini terbukti dengan beberapa tangkapan yang melibatkan suspek yang terdiri dari kalangan pegawai dibawah seliaan KDN sendiri.

Dalam perkara ini, blogger tersebut nampaknya sengaja menghentam Wan Junaidi kerana kes pegawai JPN tersebut namun sebaliknya beliau gagal pula meng"highlight"kan tangkapan yang dibuat keatas suspek tersebut yang dibuat oleh PDRM, iaitu agensi yang di bawah seliaan KDN juga!  Be fair ler Bro!

Admin UnReportedNews™® telah difahamkan blogger ini tidak mendapat sokongan dari Wan Junaidi ke atas sesuatu permohonannya (setakat ni, aku malas nak bagi detail kat sini, nanti ko sendiri yang akan mendapat malu) maka dalam dua minggu ni, dia mula menulis entri-entri yang "kurang baik" mengenai Wan Junaidi di blog beliau.

Pesanan Admin UnReportedNews™®, hentikan serangan-serangan peribadi ko tu, aku tau ko lebih professional dari tu dan jangan terlalu ikut emosi kerana perkara peribadi sehinggakan "menyerang" Wan Junadi sebegitu rupa.

Bro, kita ni pernah berkawan. Ko pun tahu benar "peel" aku so, yang sudah tu sudahlah kay? 

Janganlah sesekali mengambil kesempatan menggunakan platform sebagai blogger BN untuk kepentingan sendiri atau melepaskan dendam peribadi kerana kelak, kerana ko setitik nila, seluruh sebelanga blogger-blogger BN yang ikhlas berjuang akan terpalit jua. Wassalam.

-UnReportedNews™®

2 comments:

  1. Aku sokong ketegasan Dato Wan Junaidi dalam isu pegawai2 kerajaan yg jd parasit dna perosak keselamatan negara ini. Teruskan Dato, jgn peduli dgn 'nyamuk2' pengacau.. Insya Allah pertolongan Tuhan atas kerja2 yg berani kerana benar.

    ReplyDelete
  2. Wan Junaidi adalah seorg yg sentiasa tegas dlm melaksana tugasnya.Saya mengkagumi ketegasan dan kebijaksanaan beliau semasa jadi Timbalan Speaker Dewan Rakyat pd penggal yg lepas.Kini beliau menjawat jawatan di KDN.Bukan calang2 org dilantik memimpin kementerian tersebut.Wan Junaidi memang layak.

    ReplyDelete

You can comment whatever you want here but UnReportedNews™® will not be responsible if in the occasion that any legal action are to be taken on the person commenting in by other parties. :)

-UnReportedNews™®

UnReportedNews™® Hot Sizzling Malaysian Counterparts List