Friday, 11 October 2013

MANGGA SELUAR TEMAN WANITA, ELAK KECURANGAN!

-MELAMPAU JUGAK SAMPAI NAK MEMASANG MANGGA KAT SELUAR TEMAN WANITA NAK MENGELAKKAN KECURANGAN! NI MEMANG ADA "SEJARAH" YANG TERSENDIRI SAMPAI NAK BUAT MACAM NIH! KEKEKE!!!-


Seorang lelaki di Mexico telah ditahan selepas memaksa teman wanitanya memakai mangga yang diikat pada seluar jeans wanita terbabit, bagi memastikan dia tidak curang.

Wanita itu yang berusia 25 tahun, dan tidak didedahkan identitinya, telah membuat laporan polis selepas mengalami kesakitan kerana tidak dapat ke tandas selama beberapa jam.

Menurut wanita itu, teman lelakinya yang berusia 40 tahun itu, telah melakukan perbuatan berkenaan sejak beberapa tahun lalu.

Dia bagaimanapun tidak berani menanggalkan mangga berkenaan, kerana takutkan lelaki tersebut.
Susulan laporan itu, polis telah menahan lelaki terbabit.

Namun mereka terkejut kerana wanita itu tidak mahu teman lelakinya didakwa.

Lelaki itu hanya ditahan selama sehari dan dia telah dibebaskan selepas menandatangani dokumen untuk tidak mengenakan mangga itu lagi terhadap wanita tersebut.

Dalam pada itu, aktivis wanita, Araceli Gonzalez, telah mengecam polis kerana gagal melindungi golongan wanita.

“Dia menjadi mangsa selama 12 tahun, namun polis dan masyarakat tidak berbuat apa-apa.

“Kes ini dikendalikan tanpa mematuhi peraturan dan tiada siapa pun yang bertindak terhadap keganasan ini,’’ katanya. (sumber

-UnReportedNews™®

No comments:

Post a Comment

You can comment whatever you want here but UnReportedNews™® will not be responsible if in the occasion that any legal action are to be taken on the person commenting in by other parties. :)

-UnReportedNews™®

UnReportedNews™® Hot Sizzling Malaysian Counterparts List