Friday 11 October 2013

SASPEK "PEROMPAK SOPAN" RUMAH MUFTI PERLIS DIBERKAS!

-DALAM KEJADIAN ITU, PEROMPAK TERSEBUT SEMPAT MEMOHON MAAF DARI MANGSA SEBELUM MENINGGALKAN RUMAH YANG DI ROMPAK! KEKEKE!!!-

Seorang penjual ikan mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini semalam, atas tuduhan melakukan rompakan bersenjata di kediaman Mufti Perlis, Datuk Dr Juanda Jaya, Ogos lalu. 

Mohd Shariman Alwi, 30, dituduh mengikut Seksyen 395 Kanun Keseksaan yang dibaca bersama Seksyen 397 kerana kesalahan merompak bersenjata dan berkumpulan pada 16 Ogos di rumah mangsa di Taman Carisa, Jalan Sultan Tengah. 

Tertuduh yang hadir tanpa peguamnya kerana mengendalikan kes berasingan di Kota Kinabalu, tidak menunjukkan reaksi sebelum Hakim Nixon Kennedy Kumbong memutuskan kes dibicarakan pada 25 November depan. 

Berdasarkan fakta kes, Mohd Shariman bersama rakan yang masih bebas, dituduh mencuri wang tunai RM6,500, barang kemas bernilai RM35,000 dan dua unit telefon bimbit milik Juanda, selain mencederakan isteri dan orang gaji mangsa. 

Sempat minta maaf 

Dalam kejadian pada hari kedua Aidilfitri lalu, tertuduh dikatakan sempat meminta maaf kepada mangsa kerana tidak mengetahui ia adalah kediaman mufti terbabit sebelum melarikan diri.  -Sarawak Online 

-UnReportedNews™®

No comments:

Post a Comment

You can comment whatever you want here but UnReportedNews™® will not be responsible if in the occasion that any legal action are to be taken on the person commenting in by other parties. :)

-UnReportedNews™®

UnReportedNews™® Hot Sizzling Malaysian Counterparts List