Thursday 3 October 2013

GARA-GARA BEREBUT GUNA PAM PETROL, GURU SILAT DITIKAM DI PERUT!

-SIASATAN AWAL POLIS MENDAPATI SEBELUM TRAGEDI NGERI YANG BERLAKU DISALAH SEBUAH STESYEN MINYAK DI PETRA JAYA, KUCHING INI, DIMANA MANGSA & SUSPEK DIKATAKAN BERTENGKAR, BEREBUT GILIRAN MENGISI TANGKI MOTORSIKAL MASING-MASING NAMUN KESUDAHANNYA BERAKHIR DENGAN TINDAKAN NEKAD SUSPEK MENIKAM PERUT MANGSA DENGAN SEBILAH PISAU!-

Kejadian ini berlaku di salah sebuah Stesyen Minyak berdekatan Jalan Astana, Petra Jaya kira-kira jam 8.30 malam semalam dimana kedua mereka hendak mengisi bahan api buat motorsikal mereka msing-masing.

Akibat pertengkaran tersebut, suspek lelaki berusia 20 tahun berasal dari Kampung Muding, Sebuyau dipercayai telah bertindak mengeluarkan sebilah pisau sebelum menikam perut mangsa, yang berusia 63 yang merupakan seorang guru Silat dari di kawasan itu.

Suspek kemudiannya berjaya diberkas serta-merta dengan bantuan orang ramai sebelumnya diserahkan kepada polis, namun sehingga ini, biarpun tiada pengesahan dari yang berwajib, keadaan mangsa boleh dikatakan agak kritikal.

Sepanjang masa mangsa diberi pertolongan kecemasan oleh anggota-anggota pasukan penyelamat, senjata yang telah digunakan oleh suspek kelihatan begitu jelas masih tertusuk didalam perut mangsa semasa beliau dibawa menaiki sebuah ambulan ke Hospital Umum Sarawak.

Sumber mendedahkan kepada UnReportedNews™®, siasatan awal polis di tempat kejadian telah banyak dibantu menerusi rakaman dari beberapa CCTV di Stesyen Minyak tersebut.

Beberapa orang saksi di tempat kejadian percayai saspek terbut yang kini ditahan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah Kuching, Simpang Tiga berada dalam keadaan mabuk sewaktu kejadian.

-UnReportedNews™®

1 comment:

  1. Aieek berebut pam minyak membawa parah! Kita tak boleh nak buat andaian.Biarlah pihak polis siasat dan mahkamah mengadilinya.

    ReplyDelete

You can comment whatever you want here but UnReportedNews™® will not be responsible if in the occasion that any legal action are to be taken on the person commenting in by other parties. :)

-UnReportedNews™®

UnReportedNews™® Hot Sizzling Malaysian Counterparts List