Wednesday 25 September 2013

BAGAIMANA "SIAL" DAP BERMULA!

-TINDAKAN GUAN ENG MENGARAH DUA ORANG YANG DIANGGAP "PAKAR STRATEGI" DAP UNTUK "MENYELESAIKAN" MASAALAH MEREKA SEBENARNYA TELAH MEMULAKAN HARI KEBINASAAN DAP! KEKEKE!!!-

Hari ini saya akan terus menulis berkenaan dua orang suruhan setia Dinasti Lim dan permulaan kebinasaan kepada DAP.

Sebaik sahaja calon-calon yang menang dalam pemilihan CEC diumumkan, Lim Guan Eng dengan segera memanggil mesyuarat CEC yang pertama. Di mana dalam mesyuarat itu Lim Guan Eng sekali lagi dipilih oleh ahli CEC sebagai Setiausaha Agung.

Mesyuarat berkenaan turut dihadiri oleh Vincent Wu iaitu calon yang menang di tangga ke 6. Kenapa perlu saya timbulkan nama Vincet Wu akan saya jelaskan nanti.

Selepas selesai Kongres Kebangsaan tersebut keadaan menjadi kecoh apabila pihak media dan orang ramai mempertikaikan ketiadaan seorang pun wakil kaum melayu dalam CEC. Ianya mengesahkan dakwaan sebelum itu bahawa DAP adalah sebuah parti chauvinis cina. 

PAS dan PKR juga turut tertekan keputusan itu. Mereka juga turut memberi tekanan kepada DAP jika isu itu dibiarkan berterusan ianya bakal menyusahkan mereka mendapat sokongan kaum melayu dalam pilihanraya umum ke 13. 

Tekanan yang berterusan diterima selama berminggu-minggu membuatkan Lim Guan Eng tidak tahan. Akhirnya Lim Guan Eng memanggil dua orang suruhannya, Tony Pua dan Anthony Loke untuk melakukan sesuatu bagi memastikan wakil kaum melayu berada dalam CEC. 

Apabila tugas itu diserahkan kepada dua orang tersebut Lim Guan Eng berfikiran semuanya akan selesai dengan mudah kerana dua orang itu sering digambarkan sebagai pakar strategi yang paling hebat. Sebaliknya dua orang itu membawa kebinasaan yang jauh lebih besar kepada DAP. 

Apa kebinasaan yang mereka buat saya akan kongsikan dengan anda dalam dalam siri akan datang. -DAP INSIDER 

-UnReportedNews™®

No comments:

Post a Comment

You can comment whatever you want here but UnReportedNews™® will not be responsible if in the occasion that any legal action are to be taken on the person commenting in by other parties. :)

-UnReportedNews™®

UnReportedNews™® Hot Sizzling Malaysian Counterparts List