Sunday 25 August 2013

WAYTHA NI MASIH KETUA HINDRAF KER?

-JIKA BEKAS KETUA NGO DAH JADI ANGGOTA PENTADBIRAN BERI KOMEN NEGATIF, BERHENTI DARI KERAJAAN & DUDUKLAH DALAM NGO TU SEMULA!- ZAHID MEMBALUN TIMBALAN METERI JPM! KEKEKE!!!-

Jenayah tidak ada batasan kaum. Sepatutnya Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri P. Waytha Moorthy cukup sedar hakikat ini ketika cuba mempersoalkan tindakan polis menembak mati lima suspek penjenayah keturunan India di Pulau Pinang baru-baru ini.

Kenyataan bekas pemimpin badan bukan kerajaan (NGO) Hindraf yang dilihat cuba main politik dalam soal tugas politik membenteras jenayah ini terus mengundang reaksi.

Sebagai menteri yang bertanggong jawab keatas polis,Datuk Seri Zahid Hamidi tidak dapat menyembunyikan rasa kurang senang beliau terhadap gelagat itu.

Sekalipun tidak menyebut nama Waytha Moorthy secara spesifik beliau menegaskan pemimpin berkenaan harus melepaskan jawatan kerajaan jika kenyataan yang dikeluarkannya masih "bersifat seperti NGO."

Beliau menyatakan demikian dalam ucapan perasmian semasa "Forum Pencegahan Jenayah: Undang-undang semasa dan langkah-langkah untuk mencegah jenayah kekerasan secara berkesan" di Petaling Jaya Sabtu.

Tegasnya lagi, dalam usaha memerangi jenayah, penjenayah seharusnya tidak menerima simpati umum.

"Jika ada seorang tokoh yang pernah ketuai NGO, dan jadi anggota pentadbiran memberi komen negatif, berhenti dari kerajaan, duduk dalam NGO semula," katanya.

Ekoran kejadian di Pulau Pinang, Waytha Moorthy dilaporkan media berkata beliau tidak percaya berlaku tembak menembak antara pasukan polis dengan suspek, sebaliknya mencadangkan mereka ditembak pada jarak dekat.

Zahid, yang juga Naib Presiden UMNO bagaimanapun ketika ditanya pada sidang media adakah kenyataan itu dikeluarkan merujuk kepada Waytha Moorthy hanya berkata: "awak faham-faham sendirilah."

Beliau juga sebelum ini dilaporkan menasihati Waytha Moorthy supaya tidak mengeluarkan kenyataan bercanggah dengan dasar yang ditentukan kerajaan.

"Beliau jangan ingat yang beliau masih pemimpin badan bukan kerajaan, beliau bukan pemimpin Hindraf lagi, jangan campur tangan kerja polis," kata Zahid dipetik laporan media. (sumber

-UnReportedNews™®

No comments:

Post a Comment

You can comment whatever you want here but UnReportedNews™® will not be responsible if in the occasion that any legal action are to be taken on the person commenting in by other parties. :)

-UnReportedNews™®

UnReportedNews™® Hot Sizzling Malaysian Counterparts List