Sunday, 18 August 2013

RAHSIA-RAHSIA DALAMAN DAP YANG SEMUA MESTI TAHU!

-BUKAN "NENEN" BUKAN APA, TAPI GEMPAR ! RAHSIA DALAMAN PARTI DAP YANG RAKYAT TERUTAMANYA KAUM CINA MESTI TAHU! KEKEKE!!!-

Keputusan DAP kelmarin yang memutuskan supaya pemilihan semula Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) parti diadakan, dipercayai ada kaitan dengan desakan satu kumpulan dalam parti itu yang tidak menyokong Dinasti Lim.

Kumpulan ini sudah tidak mahu lagi DAP dipergunakan atas kepentingan peribadi. Dan tidak rela imej parti terus tercemar dari hari ke hari, bulan ke bulan.

Lagi pun Penasihat DAP, Lim Kit Siang dan anaknya, Setiausaha Agung Lim Guan Eng sudah mengakui berlaku kesilapan pengiraan undi dalam pemilihan CEC 15 Disember lalu. Tetapi yang peliknya selama lapan bulan ini masih enggan melakukan pembetulan dan pemilihan semula.

Selain itu, DAP mahu mengelakkan persepsi rakyat terutama penyokong kuat kaum Cina mereka bahawa DAP adalah milik 'syarikat Sdn Bhd' anak beranak Kit Siang.

DAP tidak pernah lupa sejarah bagaimana sekitar akhir 1990-an selepas Guan Eng dipenjara kerana satu kes mahkamah, bapanya, Kit Siang telah menggunakan seluruh parti itu untuk membela nasib dan kebebasan anaknya. 

Ketika itu, Kit Siang dikatakan telah menguar-uarkan kononnya anaknya itu dipenjara kerana mempertahankan hak seorang gadis.

a. Dan apabila Kit Siang cuba mempergunakan DAP, ada kumpulan lain dalam parti itu yang tidak puas hati dan kecewa dengan caranya, telah cuba menggulingkan Kit Siang dan kroninya secara 'gerakan bawah tanah'.

b. Waktu itu DAP berpecah dua dengan Kit Siang terpaksa berdepan dengan kumpulan yang dikenali 'Knock Out Kit Siang (KOKS). Karpal Singh waktu itu berpihak kepada kumpulan Kit Siang.

c. Berikutan insiden itu, seorang pemimpin DAP, Teoh Teik Huat yang merupakan Pengerusi DAP Pulau Pinang dan menganggotai kumpulan KOKS dibuang dengan cara kuku besi. 

d. Selain itu, jawatankuasa disiplin DAP turut bertindak ke atas pemimpin DAP lain yang tidak puas hati dengan Kit Siang seperti Wee Chee Keong, Gooi Hock Seng dan Teik Huat. Mereka bersama para penyokong masing-masing dipaksa untuk berhenti atau dipecat.

e. Dan itulah punca mengapa Kit Siang dan Karpal Singh tewas untuk kali pertama masing-masing di kawasan Parlimen Bukit Bendera dan Jelutong pada pilihan raya umum 1999.

f. Mereka dikatakan dihukum oleh ahli parti dan pengundi berikutan krisis dalaman DAP waktu itu.

Dan terbaharu, malam kelmarin, sejarah seakan-akan berulang apabila penyokong dan akar umbi DAP kembali menolak cara Kit Siang dan Guan Eng yang didakwa mempergunakan parti untuk kepentingan mereka. Mereka tidak mahu agenda DAP menjadi agenda keluarga Kit Siang.

"Malam tadi (kelmarin) juga ada kumpulan yang memaksa Guan Eng mengadakan pemilihan semula CEC. Mereka mengatakan parti akan hancur jika ROS batalkan pendaftaran DAP.

"Mereka mahu Guan Eng hentikan drama ini sebab rakyat dah tahu apa yang DAP buat. Selama lapan bulan ini hanya Kit Siang dan Guan Eng sahaja yang enggan buat pemilihan semula. 

Kami pelik juga sebab setiap kali sebarang pemilihan diadakan sejak 47 tahun ini, mesti ada kalangan anak beranak mereka di ranking atas," kata seorang pemimpin kanan DAP kepada Utusan Malaysia kelmarin.

Memang, hakikatnya DAP tidak boleh lari daripada mengadakan pemilihan semula CEC. Bukti begitu kuat mengatakan wujud penyelewengan dan manipulasi undi ketika pengundian. 

Antara dakwaan itu adalah DAP gagal memberikan notis kepada 753 anggota delegasi yang merupakan anggota sah dan layak mengundi pada pemilihan CEC ketika Kongres Kebangsaan DAP Ke-16 di Pulau Pinang pada 15 Disember itu.

Siasatan ROS dijalankan setelah ahli DAP berterusan mendesak parti itu mengadakan pemilihan semula CEC kerana mendakwa wujud penyelewengan dan manipulasi undi ketika pengundian.

Dakwaan lain adalah wujud 547 perwakilan 'haram' yang kebanyakannya dari Pulau Pinang yang telah diarah mengundi enam nama iaitu Lim Kit Siang, Lim Guan Eng, Karpal Singh, Chong Chieng Jin, Anthony Loke Siew Fook dan Vincent Wu Him Ven.

Sebelum itu atau lebih tepat lagi kira-kira tiga minggu selepas pemilihan tersebut berlangsung, DAP mengumumkan terdapat kesilapan teknikal dalam pengiraan undi pemilihan itu. Ekoran kesilapan itu, wakil Melayu, Zairil Khir Johari yang juga Setiausaha Politik Guan Eng berjaya menduduki kedudukan terakhir senarai CEC yang dipilih dengan 803 undi.

Zairil yang sebelum itu hanya berada di tempat ke-39 melonjak ke tangga 20 menggantikan Vincent Wu yang sebelum itu berada di tangga keenam selepas undinya tersalah kira sehingga berjumlah 1,202.

Apa yang menimbulkan persoalan adalah kenapa kesilapan itu diumumkan hanya setelah pelbagai pihak menyifatkan parti itu telah menunjukkan wajah sebenar mereka yang cauvinis dan perkauman setelah tiada seorang pun daripada lapan calon Melayu yang bertanding berjaya merebut 20 jawatan CEC.

DAP cukup sedar bahawa mereka tidak boleh terlepas daripada tuduhan tidak telus dan tidak cekap ini.

Sebenarnya, sejak dari awal lagi, Guan Eng membuat kenyataan berdolak-dalik bagi mengelak daripada mengadakan pemilihan semula CEC.

Beliau mengenakan dua syarat jika mahu pemilihan itu diadakan iaitu pertama, ROS perlu mengemukakan alasan munasabah kenapa tidak berpuas hati dengan penjelasan diberikan DAP berhubung pemilihan CEC. Syarat kedua, DAP mahu ROS menyatakan apakah peruntukan yang diguna pakai oleh pertubuhan tersebut dalam mengeluarkan arahannya.

Namun, semua maklum itu cuma retorik Guan Eng. Kelmarin, Karpal akur bahawa DAP terpaksa beralah. Ini demi menyelamatkan parti itu daripada tindakan pembatalan pendaftaran oleh ROS. -Dr MiM

-UnReportedNews™®

1 comment:

  1. kalau anjing dah pernah makan taik dulu... jika makan taik sekarang ...cium pun jadi laa...

    ReplyDelete

You can comment whatever you want here but UnReportedNews™® will not be responsible if in the occasion that any legal action are to be taken on the person commenting in by other parties. :)

-UnReportedNews™®

UnReportedNews™® Hot Sizzling Malaysian Counterparts List