-SAMSENG-SAMSENG, GANGSTER-GANGSTER ATAU MANA-MANA PENJENAYAH AKAN "DICANTAS" & DIBERKAS DALAM GERAKAN PDRM SECARA BESAR-BESARAN DI SELURUH NEGARA! SYABAS PDRM! NI MESTI ADA PUAK YANG TERTENTU AKAN MERAUNG NANTI! KEKEKE!!!-
Operasi Cantas Khas (Ops Cantas) dilancarkan secara besar-besaran di seluruh negara, bermula tengah malam kelmarin oleh Polis Diraja Malaysia (PDRM) sebagai perang terhadap individu atau suspek jenayah.
Operasi membabitkan sekatan jalan raya, pemeriksaan premis perniagaan dan kediaman serta mengesan bekas banduan yang pernah ditahan mengikut Akta Ordinan Darurat (EO) yang disyaki aktif semula dalam kegiatan jenayah.
Ketua Polis Negara (KPN) Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata, anggotanya menjalankan pemeriksaan dan siasatan menyeluruh berdasarkan maklumat orang awam dan risikan.
“Melalui cara ini, kita yakin dapat mengatasi kes jenayah seperti samun, curi kenderaan dan pecah rumah, termasuk menghandar berlakunya sebarang cubaan untuk melakukan pelbagai kesalahan jenayah seperti kes bunuh,” tambah beliau lagi.
Sementara agensi berita nasional Bernama melaporkan seorang lelaki yang dikehendaki polis kerana terlibat dalam kes samun berkumpulan, adalah antara lapan ditahan dalam Ops Cantas di sekitar Ampang.
Ketua Polis Daerah Ampang Jaya ACP Amiruddin Jamaluddin berkata pemeriksaan ke atas lelaki terbabit mendapati dia memiliki empat rekod dikehendaki polis, termasuk satu kes samun berkumpulan di Hulu Klang.
“Ketika ditahan, lelaki terbabit menaiki sebuah motosikal yang dilapor hilang di Pudu bulan lepas. Selain motosikal itu, kami turut merampas dua telefon bimbit dan wang tunai daripada lelaki terbabit,” katanya kepada Bernama semalam.
Dalam operasi khas bersama Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman itu, polis turut menahan dua lelaki di Ukay Perdana dalam sekatan jalan raya kerana disyaki melakukan jenayah pecah rumah.
“Di dalam kereta terbabit, kami menemui pemutar skru, sepasang sarung tangan, dua walkie-talkie, satu pisau lipat panjang, alat semburan dan dadah jenis syabu dan eramin 5,” katanya.
Amiruddin berkata seramai 10 pegawai dan 43 anggota dari ibu pejabat polis daerah itu terlibat dalam operasi selama enam jam berakhir pukul 6 pagi ini yang merangkumi sekatan jalan raya dan pemeriksaan terhadap individu mencurigakan di restoran 24 jam di sekitar Ampang.
“Mereka yang ditahan berumur dalam lingkungan 20-an yang terlibat dalam pelbagai kesalahan antaranya samun, curi kenderaan dan dadah,” katanya.
Beliau berkata operasi bersepadu itu melibatkan kontinjen Kuala Lumpur dan Selangor sebagai perintis, sebelum ia diperluas ke seluruh negara.
Amiruddin berkata dalam operasi itu polis turut memeriksa 83 individu dan 55 kenderaan. (sumber)
-UnReportedNews™®
No comments:
Post a Comment
You can comment whatever you want here but UnReportedNews™® will not be responsible if in the occasion that any legal action are to be taken on the person commenting in by other parties. :)
-UnReportedNews™®