Wednesday 14 August 2013

PENGAWAI POLIS TOLAK RASUAH SETENGAH JUTA RINGGIT!

-KONTRAKTOR DIDAKWA TAWAR RASUAH RM500,000 KEPADA PEGAWAI POLIS! CAYA LAH LU TUAN! PADAN MUKA! KEKEKE!!!-

Seorang kontraktor mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas pertuduhan menawarkan rasuah RM500,000 kepada seorang pegawai polis pada April lepas.

Menurut laporan Bernama, Zulkifli Ali, 49, dituduh menawarkan rasuah itu kepada Ketua Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Muar, ASP Abdul Ghani Talib sebagai dorongan untuk melepaskannya daripada ditangkap kerana kesalahan memiliki dadah mengikut Seksyen 39(b) Akta Dadah Berbahaya 1952.

Dia didakwa melakukan kesalahan itu di rumah nombor 2C, Blok C, Pangsapuri Indah, Jalan Salleh, Muar pada 2.45 petang, 12 April lepas.

Pertuduhan dibuat mengikut Seksyen 17(b) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009 dan boleh dihukum menurut Seksyen 24 akta yang sama.

Jika sabit kesalahan dia boleh dihukum penjara maksimum 20 tahun dan didenda tidak kurang daripada lima kali ganda jumlah atau nilai suapan atau RM10,000 atau yang mana lebih tinggi.

Pendakwaan dikendalikan pegawai pendakwa SPRM, Ridzuan Abd Malik di hadapan Pegawai Pendaftar Mahkamah Sesyen Johor Bahru Norhidayah Abdul Manaf.

Norhidayah membenarkan Zulkifli, yang tidak diwakili peguam, diikat jamin RM20,000 namun tertuduh gagal membayarnya.

Tarikh perbicaraan ditetapkan pada 18 Sept depan. 

-UnReportedNews™®

No comments:

Post a Comment

You can comment whatever you want here but UnReportedNews™® will not be responsible if in the occasion that any legal action are to be taken on the person commenting in by other parties. :)

-UnReportedNews™®

UnReportedNews™® Hot Sizzling Malaysian Counterparts List