Monday 15 July 2013

UITM SHAH ALAM TERBAKAR!

-KEJADIAN BERKENAAN DIWAR-WARKAN OLEH SEORANG PELAJAR; HAIKAL SHAFIE (NAMA AKAUN FACEBOOKNYA) YANG TELAH MEMUAT NAIK GAMBAR KEBAKARAN TERSEBUT!-

Berita dari seorang pelajar di Universiti Teknologi Mara (UiTM) Shah Alam mendakwa sedang berlaku kebakaran ketika ini

Pelajar berkenaan dengan nama Facebooknya Haikal Shafie, telah memuat naik gambar kebakaran tersebut.

Difahamkan anggota-anggota bomba dengan empat jentera bomba sedang berusaha memadamkan kebakaran berkenaan.

Kebakaran dikatakan berlaku di sebuah bangunan di hadapan Kolej Perindu.

Keadaan terkini kebakaran masih belum diketahui.

Haikal melalui tweetnya memaklumkan anggota bomba kini sedang berusaha mengawal dan memadamkan kebakaran.

“Yang sedang terbakar ialah makmal kimia yang terletak di hadapan kolej Perindu,” katanya melalui Twitternya @HaikalShafie

Kami berharap kebakaran akan segera dipadamkan dan tiada kecederaan atau kemalangan jiwa berlaku. (sumber

-UnReportedNews™®

No comments:

Post a Comment

You can comment whatever you want here but UnReportedNews™® will not be responsible if in the occasion that any legal action are to be taken on the person commenting in by other parties. :)

-UnReportedNews™®

UnReportedNews™® Hot Sizzling Malaysian Counterparts List