Friday 12 July 2013

PRK KUALA BESUT: VIDEO: KALAU MENANG, AZLAN UPAH ORANG LAIN JAGA KAWASAN!

-MAK DATUK! SONGSANG BENOR PEGANGAN CALON PAS KUALA BESUT NI KERANA BELUM JADI ADUN LAGI MENUNJUKKAN KECENDERUNGAN UNTUK BERNIAGA (SIAP MINTAK IZIN NAK BERNIAGA LAGI TU) SEMENTARA KERJA-KERJA YB KUALA BESUT, DIA AKAN "GAJIKAN"! TERBAEEEK PUNYA YB! KEKEKE!!!-

Che Long atau Azlan Yusof secara spontan menjawab sesuatu yang agak luarbiasa sebagai calon PAS apabila di temuramah oleh media berkaitan PRK Kuala Besut. 

Bagi seorang yang rasional dan mempunyai jiwa untuk berkhidmat kepada rakyat, jawatan YB bukanlah dilihat sebagai satu jawatan atau pangkat untuk mendapatkan gaji yang lumayan. 

Jawatan YB Wakil Rakyat juga, bukan satu yang boleh di upah upah untuk menjalankan tugas. 

Tetapi bagi calon PAS ini, jawatan YB Wakil Rakyat adalah sebagai satu tiket untuk dilihat lebih terkenal untuk kelangsungan perniagaannya.

Jawatan YB Wakil Rakyat adalah satu tanggungjawab besar dan ianya lebih dari satu jawatan untuk mendapatkan gaji bulanan. 

Jika Azlan melihat Jawatan YB ini sebagai satu jawatan untuk gaji bulanan, maka amat silaplah percaturan PAS di Kuala Besut ini. 

Azlan dan PAS Kuala Besut tidak perlu menjadikan pertandingan dalam PRK ini sebagai drama dan sandiwara kepada rakyat. 

Rakyat Kuala Besut memerlukan seorang wakil rakyat yangg mampu dan boleh menjadi wakil kepada rakyat untuk membawa suara orang Kuala Besut. 

Bukan sebagai boneka yang meminta izin untuk berniaga. (sumber)

Lihatlah sendiri pengakuan Azlan, calon Pas di N1 Kuala Besut ini dibawah ni.

-UnReportedNews™®

No comments:

Post a Comment

You can comment whatever you want here but UnReportedNews™® will not be responsible if in the occasion that any legal action are to be taken on the person commenting in by other parties. :)

-UnReportedNews™®

UnReportedNews™® Hot Sizzling Malaysian Counterparts List