Friday 12 July 2013

PRK KUALA BESUT: PAS GANU DI BULI PAS KELATE!

-NAK TEMBERANG APA, PAS KELANTAN TAK PERCAYA DENGAN PAS TERENGGANU DI KUALA BESUT! PAS TERSILAP PILIH MEREKA YANG TERLIBAT DALAM PRK TERSEBUT, DARI PEMILIHAN PENGARAH PILIHANRAYA HINGGALAH KE CALON PAS DALAM PRK KUALA BESUT! KEKEKE!!!-


Benarlah seperti kenyataan seorang sahabat dari PAS bahawa pencalonan Che Long sebagai calon PAS adalah satu kesilapan besar. 

Begitu juga dengan perlantikan Husam Musa sebagai Pengarah Pilihanraya PAS di PRK DUN Kuala Besut juga adalah satu kesilapan yang tidak sepatutnya dilakukan oleh PAS Pusat. 

Dan sahabat berkenaan menelah bahawa kehadiran dan perlantikan gerombolan dari Kelantan, hanya akan menyukarkan PAS di Kuala Besut.

Ahli-ahli PAS ramai yang tidak tahu tentang perkara berkenaan. SMS yang dihantar oleh Wahid Endut menyatakan ketidakpuasan hati berhubung keputusan PAS Pusat untuk melantik Husam Musa atau lebih tepat lagi memberikan kuasa kepada PAS Kelantan untuk berkuasa di Terengganu.

Pesuruhjaya PAS Terengganu itu juga mengungkit tentang kesamsengan PAS Kelantan dalam PRK Manek Urai beberapa tahun lalu apabila PAS Kelantan dengan bongkaknya menghalang PAS Terengganu daripada masuk campur dalam urusan pilihanraya kecil itu.

Bagaimanapun, dalam PRK DUN Kuala Besut, lain pula ceritanya.

Sebenarnya bukan Wahid Endut sahaja yang tidak berpuas hati berhubung keputusan PAS Pusat melantik Husam Musa dan gerombolannya dari Kelantan untuk bekerja dalam PRK DUN Kuala Besut. 

Sedar tentang hal berkenaan, pada 11 Julai 2013, lebih kurang pukul 2:00 petang di Masjid Haji Yaacob, peti undi Tok Saboh, Wan Nik Yusuf Ngah yang merupakan Pengarah Jabatan Pilihanraya PAS Negeri Kelantan telah mendedahkan rahsia bahawa perlantikan Husam Musa sebagai Pengarah PRK DUN Kuala Besut dibuat oleh PAS Pusat.

Perlantikan berkenan dibuat untuk mengelakkan isu Husam Musa disingkirkan oleh PAS Kelantan. 

Justeru PRK DUN Kuala Besut telah dijadikan sebagai topengnya, memandangkan PAS Kelantan amat tahu bahawa kelebihan di Kuala Besut lebih berpihak kepada UMNO berbanding PAS.

Menariknya, selain daripada menyatakan bahawa PAS Kelantan sedang berusaha menyelesaikan atau mengelakkan isu-isu yang akan digunakan oleh UMNO-BN dalam pilihanraya kecil itu, Wan Nik Yusuf Ngah secara terang-terang MENGECAM kepimpinan PAS Terengganu yang disifatkannya tidak bersungguh-sungguh menerima kehadiran petugas dan pembantu dari Kelantan.

Bahkan Wan Nik Yusuf Ngah turut mendedahkan bahawa operasi kempen PAS di Kuala Besut setakat ini langsung tidak mendapat sokongan kewangan dari PAS Terengganu.

Pada masa yang sama, maklumat juga mendedahkan tiada sebarang arahan dari peringkat Pusat untuk jentera PKR turun berkempen di Kuala Besut bagi membantu jentera PAS. 

Buat masa ini, hanya kepimpinan PKR Pahang dan Terengganu sahaja yang telah mengluarkan arahan untuk petugas dan jentera parti turun. 

Selain daripada itu, tiada sebarang peruntukan atau bajet disalurkan dari Pusat, sebaliknya terpaksa mengharapkan bantuan daripada Ahli-Ahli Parlimen dan ADUN-ADUN PKR dari Pahang dan Terengganu.

Nampaknya awal-awal lagi calon PAS di DUN Kuala Besut sudah berhadapan dengan sabotaj daripada parti sendiri, bahkan PKR yang sakit hati kerana kerusi DUN Kuala Besut yang mereka rebut, kekal di tangan PAS untuk ditandingi, turut melakukan kekejaman yang serupa. (sumber

-UnReportedNews™®

No comments:

Post a Comment

You can comment whatever you want here but UnReportedNews™® will not be responsible if in the occasion that any legal action are to be taken on the person commenting in by other parties. :)

-UnReportedNews™®

UnReportedNews™® Hot Sizzling Malaysian Counterparts List