Sunday 14 July 2013

PRK KUALA BESUT: DAKWAAN STOPA SPENDA PALSU?!

-CALON BN TENGKU ZAIHAN ADALAH ANAK JATI KAMPUNG NAIL, KUALA BESUT & TUDUHAN STOPA SPENDA ADALAH PALSU SERTA BERMOTIFKAN SERANGAN POLITIK YANG HENDAK MEROSAKKAN IMEJNYA! PUASA-PUASA JUGAK TAPI KALO AKU KAT KUALA BESUT SEKARANG, AKU KIBAR JE SELAI SPENDA PUTIH BESAR, ABIH CERITA! KEKEKE!!!-

Calon Barisan Nasional (BN), Tengku Zaihan Ku Abd Rahman menolak sekeras-kerasnya dakwaan PAS berhubung kesahihannya sebagai anak tempatan Kuala Besut sekaligus menegaskan tuduhan tersebut tidak tepat.

Katanya yang memberitahu Antarapos melalui khidmat sistem pesanan ringkas (SMS), beliau dilahirkan di Kampung Nail, Kuala Besut.

Tambahnya lagi, beliau telah berkhidmat dengan Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) selama lima tahun dan berpindah ke Kuala Lumpur sejak dua bulan lalu.

"Saya adalah kelahiran kampung Nail, Kuala Besut. Telah berkhidmat lima tahun di Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) Besut.

"Baru dua bulan sahaja pindah ke Kuala Lumpur. Jadi isu bukan anak tempatan adalah sangat tidak tepat," tegas beliau.

PAS memulakan kempen hari pertama dengan mempertikaikan pemilihan calon BN, Tengku Zaihan Che Ku Abd Rahman yang didakwa bukan anak tempatan.

Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali mendakwa dimaklumkan bahawa Tengku Zaihan tidak dilahirkan dan dibesarkan di Kuala Besut seperti yang dilaporkan media sebelum ini.

PAS juga turut mendakwa pemilihan Tengku Zaihan sebagai calon bertanding dalam Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Besut tidak mendapat restu pemimpin tempatan.

Media walau bagaimanapun sebelum ini melaporkanTengku Zaihan merupakan anak kelahiran Kuala Besut dan pernah berkhidmat sebagai jurutera awam di Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) Besut sebelum dipindahkan ke Putrajaya.

-UnReportedNews™®

No comments:

Post a Comment

You can comment whatever you want here but UnReportedNews™® will not be responsible if in the occasion that any legal action are to be taken on the person commenting in by other parties. :)

-UnReportedNews™®

UnReportedNews™® Hot Sizzling Malaysian Counterparts List