Sunday, 21 July 2013

APA YANG ALVIN & VIVIAN TENGAH BUAT SEKARANG YE?

-KORANG PEMBACA DAPAT BAYANGKAN TAK APA YANG DITEMPUHI OLEH ALVIN & VIVIAN YANG SEDANG “MAKAN ANGIN” DIDALAM BILIK PENJARA MEREKA MASING-MASING? DAH BEBERAPA MALAM MEREKA TIDUR DALAM PENJARA! JOM KITA “IMAGINE” BERSAMA! KEKEKE!!!-

Tiada hiruk pikuk kedengaran hon kenderaan yang terkandas dalam kesesakan lalulintas yang dapat di dengari selain daripada bunyi kesibukan tangan menampar nyamuk yang giat menghisap darah di seluruh tubuh badan mereka.

Jika di reman didalam bilik perseorangan, maka kerja mereka hanya merenung siling bilik penjara itu tapi jika di letakkan bersama banduan-banduan mmm, susah nak kata sebab kalau jenis “Alvin & Vivian” ni, memang ramai betul yang minat sangat nak jadi “abang atau kakak angkat” mereka berdua!

Kemungkinan bukan saja Vivian yang menangis pada setiap malam tapi tidak mustahil juga si Alvin pun menangis setiap malam mengenangkan nasib di dalam sangkar besar itu. Ye ler, tempat macam tu boleh meragut “kejantanan” sesiapa saja!

Sekiranya betul-betul sepertimana yang dibayangkan oleh penulis, entah, apa yang di “angkat-angkat” itu, tanyalah mereka berdua jika mereka sudah bebas nanti yer!

Sebagai penghuni penjara yang menjalani prosedur reman, sesi soal jawab dari pegawai penyiasat (IO) bagi Alvin dan Vivian adalah masa yang amat didambakan kerana mereka akan berpeluang keluar dari tempat itu untuk diambil keterangan di balai polis.

Selain daripada aktiviti rutin mereka berdua iaitu menghitung hari demi hari sehingga kes mereka diperdengarkan lagi, Alvin dan Vivian sememangnya tidak ada berbuat apa-apa dan yang pastinya, dalam jadual harian mereka tiadalah peluang untuk makan  Bah Kut Teh, tiadalah aktiviti-akviti untuk berposing-posing “gaya-bebas” didepan kamera seperti yang mereka sering lakukan semasa bebas diluar dulu di dalam penjara.

Nak salahkan siapa? Salahkanlah diri anda berdua sendiri. Ini sebenarnya adalah pengajaran keras untuk mana-mana “Alvin atau Vivian” yang lain yang berada diluar sana yang ada menyimpan niat untuk menghina bukan saja agama Islam tapi mana-mana saja agama yang kerajaan takkan berkompromi terhadap sesiapa apabila ianya berkaitan dengan kepentingan kkeharmonian dan perpaduan negara.

Alvin atau nama penuhnya Tan Jye Yee, 25, dan Vivian atau nama penuhnya Lee May Ling, 24, menghadapai tiga pertuduhan berhubung tindakan mereka mempersendakan Ramadhan dan umat Islam dengan mempostingkan gambar "Selamat Berbuka Puasa (dengan Bak Kut Teh..wangi, enak, menyelerakan!!!" yang mengandungi logo Halal dalam Facebook serta mempamerkan gambar-gambar lucah dalam blog mereka.

Kerana mulut badan binasa, tersalah “upload” diri sengsara, itulah nasib yang dt”tempah” oleh Alvin sendiri yang kini ditahan di Penjara Sungai Buloh manakala Vivian di Penjara Kajang sehinggalah kes mereke di sebut semula pada Ogos 23 .. perggghh lamer tu, raya dalam penjara ler tahun ni yer!

Agaknya lagu sebegini (yang telah diedit pada penghujungnya) ditujukan oleh mereka berdua sesama sendiri...

Tiada Lagi Kidungmu-Lefthanded

Air mata yang berderai
Siapa yang menghapuskan
Hati kering dan gersang
Siapa yang meneduhkan
Sedangkan kau yang ku sayang
Telah pergi dari ku
Dengan cinta dan harapan hidupku
Oh sayang
Tiada lagi ku dengar kidungmu
Tiada lagi derai tawamu
Hanya kesepian yang kian
Mencengkam jiwaku
Malam malam dingin membeku
Hari hari kian kelabu
Dalam doa kudus ku sebut nama mu
Cintaku… Oh sayang
Damailah kau di sana
Di dalam bilik penjaraaaaa..

Kekeke!!!

-UnReportedNews™®

No comments:

Post a Comment

You can comment whatever you want here but UnReportedNews™® will not be responsible if in the occasion that any legal action are to be taken on the person commenting in by other parties. :)

-UnReportedNews™®

UnReportedNews™® Hot Sizzling Malaysian Counterparts List