Wednesday, 19 June 2013

PENCEROBOHAN LAHAD DATU TIADA KAITAN TUNTUTAN SULU!

-PENCEROBOHAN TIADA KAITAN DENGAN TUNTUTAN "SULTAN SULU" TERHADAP SABAH NAMUN LEBIH BERNIAT MENGHURU-HARAKAN KEAMANAN MALAYSIA! KO MASIH MENYIMPAN HASRAT NAK JADI "RAJA BORNEO" KER KIRAM? GILO! KEKEKE!!!- 

Pencerobohan di Lahad Datu tidak ada kaitan dengan tuntutan 'Sultan Sulu' tetapi adalah tindakan pengganas yang cuba mengganggu-gugat keselamatan negara khususnya di Sabah, kata Ketua Menteri Datuk Seri Musa Aman.

Sabah, tegas Musa yang dilaporkan Bernama sebagai berkata, adalah sebuah negeri yang merdeka dan berdaulat dalam Malaysia.

Sambil merujuk buku bertajuk 'Putting to Rest the Claim to Sabah by Self-proclaimed Sultanate of Sulu', beliau berkata Peguam Negara Malaysia menyatakan status negeri Sabah sebagai sebahagian daripada Malaysia yang sah adalah berdasarkan dua asas utama.

"Pertama, berdasarkan instrumen ikatan yang sah dan mengikut undang-undang, 'Sultan Sulu' pada masa dahulu telah secara sukarela menyerahkan sepenuhnya dan muktamad wilayah yang sekarang dikenali sebagai Sabah untuk selamanya semua tuntutan dan hak selain menerima hak bayaran wang serahan tahunan.

"Kedua, sebarang tuntutan atau hak 'Sultan Sulu' terhadap Wilayah Sabah walaupun ia sah atau wujud pada tahun 1962/1963 telah menjadi terbatal dan termansuh apabila penduduk Sabah membuat satu keputusan sendiri melalui pungutan suara pada tahun 1962 oleh Suruhanjaya Cobbold pada bulan Ogos hingga bulan September 1963," katanya.

Beliau berkata Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) di bawah Setiausaha Agungnya telah melaksanakan satu lagi pungutan suara di mana rakyat di Sabah telah menyatakan hasrat mereka secara sukarela untuk merdeka daripada penjajahan British dan justeru, bersetuju untuk bersama-sama Persekutuan Tanah Melayu, Sarawak dan Singapura membentuk Malaysia.

Musa berkata demikian ketika menjawab soalan Datuk Seri Lajim Ukin (PKR-Klias) sama ada benar pihak Sultan Sulu III menuntut hak ke atas negeri Sabah dan siapakah yang disyaki sebagai dalang pencerobohan itu, semasa sesi soal jawab pada persidangan Dewan Undangan Negeri di Likas, di sini Selasa.

Musa yang juga pengerusi jawatankuasa keselamatan negeri berkata pengganas yang menggelarkan diri mereka sebagai 'Tentera Di Raja Kesultanan Sulu' yang dianggarkan seramai 200 orang dikesan menceroboh di Lahad Datu pada 9 Feb lepas.

"Dalang pencerobohan ini ialah Datu Agbi Muddin Datu Kiram dan Jamalullail Kiram serta penglibatan warga Malaysia yang masih dalam siasatan polis.

Musa Aman
"Dalam kejadian tersebut, pengganas-pengganas berkenaan enggan berundur dari kawasan yang dicerobohi. Dengan itu pasukan keselamatan telah melancarkan gerakan ofensif terhadap kumpulan penceroboh dari Sulu tersebut pada 5 Mac," katanya.

Beliau berkata pertempuran itu menyebabkan seramai 80 orang terkorban, termasuk lapan anggota polis dan dua tentera Malaysia serta memaksa penduduk kampung meninggalkan rumah kediaman mereka.

Bagi menjamin keselamatan wilayah yang terlibat, katanya kerajaan telah mengisytiharkan kawasan Pantai Timur Sabah sebagai Kawasan Keselamatan Khas dan meletakkan pasukan keselamatan untuk mengawal kawasan berkenaan.

Musa berkata penubuhan Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (ESSCOM) yang diumumkan Perdana Menteri pada 7 Mac lepas adalah berikutan insiden pencerobohan di daerah Lahad Datu.

Penubuhan ESSCOM yang diterajui Ketua Pengarah Datuk Mohammad Mentek, antara lain bertujuan memantapkan lagi semua operasi yang dilaksanakan oleh pelbagai entiti pasukan keselamatan termasuk Angkatan Tentera Malaysia, Polis Diraja Malaysia, Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia dan Jabatan Imigresen.

Ketua menteri berkata antara aspek utama yang dipertanggung jawabkan kepada ESSCOM ialah untuk meningkatkan kawalan keselamatan terutama di kawasan Perairan Pantai Timur Sabah selain meningkatkan kemampuan risikan di kawasan berkenaan.

Sehubungan itu, Musa berkata 10 daerah diwartakan sebagai Zon Keselamatan Pantai Timur Sabah (ESSZONE) yang merangkumi daerah Kudat, Kota Marudu, Pitas, Beluran, Sandakan, Kinabatangan, Lahad Datu, Kunak, Semporna dan Tawau.

Katanya ESSCOM kini berada di landasan yang betul dan mampu bergerak seiring dengan visi, misi dan matlamat yang telah ditetapkan.

Justeru, visi ESSCOM adalah untuk menjadi peneraju kepada keselamatan dan kesejahteraan rakyat di kawasan Pantai Timur Sabah menjelang tahun 2017, katanya.

Beliau berkata ini termasuk mengekal dan meningkatkan aktiviti keselamatan di Kawasan Pantai Timur Sabah daripada sebarang ancaman musuh.

Ini dilaksanakan melalui kerjasama strategik antara agensi kerajaan negeri dan persekutuan dalam membantu memacu pembangunan negeri demi kesejahteraan rakyat, katanya.

Selain itu, Musa berkata ESSCOM juga bermatlamat untuk memastikan dan mempertingkatkan keselamatan dan kesejahteraan rakyat di Malaysia secara amnya dan di kawasan Timur secara khususnya, memastikan kesejahteraan penduduk terutama dalam menjaga kesihatan awam di kawasan yang terlibat.

Penubuhan ESSCOM turut memastikan anggota masyarakat bebas untuk membuat perjalanan di kawasan Pantai Timur Sabah dan mengambil tindakan yang sewajarnya bagi orang yang menduduki tanah atau premis secara tidak sah di dalam kawasan berkenaan.

Musa berkata bagi memastikan visi, misi dan matlamat dapat dicapai, ESSCOM mengenal pasti lima teras strategik yang akan dilaksanakan mulai tahun 2013 hingga 2017.

Ini termasuk memperkukuhkan kawalan keselamatan kawasan Pantai Timur Sabah secara bersepadu bagi mewujudkan persekitaran yang selamat, meningkatkan keupayaan risikan dan perkongsian maklumat, merancang dan menyelaras penempatan semula selaras dengan keperluan pemeliharaan keselamatan awam bagi meningkatkan kesejahteraan hidup rakyat, katanya.

Beliau berkata tumpuan juga diberikan kepada memupuk semangat patriotisme di kalangan masyarakat Kawasan Pantai Timur Sabah bagi mengukuhkan perpaduan nasional dan menyelaras program pembangunan sosio ekonomi sebagai pemangkin kepada perkembangan keselamatan kawasan Pantai Timur Sabah.

Kiram Al-Sulu
Sejak penubuhannya, pelbagai aktiviti dijalankan oleh ESSCOM, antaranya mengadakan pelbagai mesyuarat dan pemantauan terhadap tahap keselamatan dan ketenteraman semasa pilihan raya umum ke-13 dengan menempatkan dua pegawai kanan ESSCOM di kesemua 10 daerah yang diwartakan sebagai Zon Selamat Timur Sabah (ESSZONE).

Katanya pihak ESSCOM berusaha mempertingkatkan jumlah anggota keselamatan dan aset bagi menghadapi sebarang anaman di masa hadapan. Kesemua agensi keselamatan dan penguatkuasaan akan berusaha untuk memastikan peristiwa yang berlaku di Tanduo, Lahad Datu tidak akan berulang.

Musa berkata kerajaan telah mengambil pelbagai yang wajar ke arah mewujudkan prasarana yang sesuai untuk menempatkan aset pasukan keselamatan di bawah ESSCOM.

Sehubungan itu, katanya, lima batalion akan ditempatkan di Kawasan Pantai Timur Sabah yang melibatkan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan Pasukan Gerakan Am Polis Diraja Malaysia (PDRM).

"Kerajaan masih meneliti lokasi yang sesuai untuk menempatkan kesemua lima batalion tersebut. Pada masa kini, pembinaan kabin khususnya bagi ibu pejabat ESSCOM dan beberapa balai polis hanya bersifat sementara.

"Di samping itu, kerajaan juga prihatin terhadap kebajikan penduduk kampung yang terlibat semasa penerobohan tersebut. Justeru, kerajaan mempunyai dua cadangan bagi penempatan semula kampung di Tajung Batu dan kampung di Tanjung Labian yang terlibat dalam insiden pencerobohan pengganas baru-baru ini," katanya.

Bagi penduduk kampung di Tanjung Batu, Musa berkata penempatan kampung berkenaan sedang dalam proses pembinaan di atas Tanah Cadangan Simpanan Kampung Tanjung Batu yang berkeluasan 6.1 hektar, melibatkan pembinaan 25 buah rumah baharu.

"Empat daripada rumah tersebut dibina di atas tanah bergeran, manakala sebanyak 21 buah rumah lagi dibina di atas tanah kerajaan negeri. Pada ketika ini, projek pembinaan rumah-rumah tersebut telahpun bermula dan dijangka siap sepenuhnya pada Ogos 2013," katanya.


Beliau berkata bagi cadangan penempatan penduduk kampung di Tanjung Labian, penempatan akan dibina di atas Tanah Simpanan Rancangan Penempatan daerah Lahad Datu iaitu Kampung Tenagian, melibatkan pembinaan sejumlah 52 buah rumah baharu.

Kebenaran bagi memasuki dan memulakan pembinaan telahpun diperoleh daripada Jabatan Tanah dan Ukur tetapi proses bagi menentukan sempadan masih belum diputuskan oleh Juruukur Daerah, katanya.

Sementara itu, sejumlah 106 rumah yang rosak semasa insiden tersebut telah dibaiki sepenuhnya oleh Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah melalui Giat Mara dan Felcra Sdn Bhd.

Berikutan pencerobohan itu, Musa berkata seramai 31 orang telah dihadapkan ke Mahkamah Tinggi dan siasatan sedang dijalankan untuk mengenal pasti punca dan dalang dalam pencerobohan itu.

Beliau berkata ketika ini tahap keselamatan di Sabah khususnya di daerah di bawah liputan ESSCOM adalah terkawal, dan sehingga kini, tidak ada insiden pencerobohan baru yang dilaporkan.

Bagaimanapun, Musa berkata ESSCOM sentiasa memantau perkembangan keselamatan terutama di Kawasan Pantai Timur Sabah dan menegaskan agensi keselamatan termasuk ATM, PDRM dan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia sentiasa membantu dan akan bertindak sekiranya terdapat sebarang ancaman baharu ke atas keselamatan Sabah

Pada masa yang sama, Malaysia menyangkal dakwaan media Filipina mengenai berlakunya ppertempran diantara pasukan keselamatan negara dengan kira-kira 400 tentera bersenjata Sulu di daerah Lahad Datu.

Ketua Pengarah Kawasan Keselamatan Khas Pantai ESSCOM, Datuk Mohamad Mantek memberitahu The Star pada selasa bahawa dakwaan berlaku pertempuran itu adalah tidak masuk akal.

"Tiada insiden seperti itu berlaku.

"Tiada berlaku sebarang pencerobohan atau pergerakan sesiapa. Tiada apa-apa berlaku," katanya.

Menurut beliau, dakwaan sedemikian adalah berniat jahat dan bertujuan untuk mencetuskan huru-hara.

Mohamad berkata, polis sedang meneruskan siasatan terhadap seorang remaja perempuan berusia 14 tahun yang mendakwa diculik sekumpulan lelaki bertopeng di Kampung Tanagian, dalam Zon Tanjung Labian, Lahad Datu pada petang Isnin sebelum mereke menghilangkan diri.

Media Filipina melaporkan bahawa kira-kira 400 lelaki bersenjata Sulu bertempur dengan pasukan keselamatan Malaysia di Kampung Tungku dekat Lahad Datu pada petang Isnin.

Jurucakap kumpulan bersenjata Sulu, Abraham Idjirani mendakwa pertempuran itu dilaporkan kepadanya oleh Agbimuddin Kiram yang juga adik kepada Sultan Sulu, Jamalul Kiram.

Abraham mengakui mereka memasuki Kampung Tungku kira-kira pukul 1 petang sebelum bertembung dengan pasukan keselamatan Malaysia.

-UnReportedNews™®

No comments:

Post a Comment

You can comment whatever you want here but UnReportedNews™® will not be responsible if in the occasion that any legal action are to be taken on the person commenting in by other parties. :)

-UnReportedNews™®

UnReportedNews™® Hot Sizzling Malaysian Counterparts List

UnReportedNews™® Labels List

18SX (17) 1Malaysia Clinic (1) 1MDB (1) 901 (9) Abang Johari (42) Abdul Aziz Isa (18) Abdul Aziz Mohd Yusof (3) Abdul Rahman Junaidi (26) Abdul Taib Mahmud (123) Abdullah Badawi (4) Abdullah Saidol (20) Accident (3) Adam Adli (7) Adenan Satem (28) Affandi Anuar (1) Affendi Jeman (1) Ahmad Husni Hanadzlah (2) Ahmad Lai (1) Ahmad Nazib (16) Aidel Lariwoo (2) Akramsyah Sanusi (1) Alan Ling Sie Kong (1) Alfred Jabu (11) Altantuya (8) Ambiga (15) AMK (1) AMK Sarawak (8) Anifah Aman (1) Annuar Rapaee (8) Anthony Luke (1) Anwar Ibrahim (347) Arip Ameran (4) Artist (1) Asfia Nassar (14) ATM (107) Australia (1) Awang Tengah (24) Aziz Ibrahim (7) Azmin Ali (50) Banghuris (1) Bangladesh (1) Baru Bian (13) Batang Sadong (2) Bawani (1) Belaga (1) Bersih (28) BiaDAP (88) Billy Abit Joo (1) BL1M (1) Bloggers Anak Sarawak™® (23) BN (113) BN Sarawak (178) book vouchers (1) BR1M (17) Brunei (2) Bujang Helmi (2) Chegu Bard (7) China (3) Chong Chieng Jen (32) Chua Soi Lek (1) Communists (7) CRIMA (1) Crime (180) CSL (2) CUEPACS (1) Cyber Trooper Sarawak (16) Dakwat Kekal (1) DAP (331) DAP BidDAP (2) Daud Abdul Rahman (24) DBKL (1) Deepak Jaikishan (3) Deklarasi Sarawak (1) Demak Laut (11) Dennis Ngau (3) Deputy Speaker Parliament (88) Derahman Jeladin (3) Douglas Uggah (3) Drugs (2) DUN Sarawak (31) DUN Tupong (11) Dustan Meling (1) Effendi Norwawi (2) Esscom (109) Ezam Nor (6) Fadillah Yusof (34) Fatimah Abdullah (7) Feona Sim (1) Festives Session (1) G5 (4) Gangsterism (30) Gay (1) GE (15) GE13 (38) Gerakan (2) Gobalakrishnan (1) GTP (1) Hackers (1) Hadi Awang (33) Harimau Muda Malaya (2) Harun Din (3) Hasan Ali (7) Hazland Hipni (16) Health (1) HINDRAF (1) Hishammddin Rais (3) Hishamuddin Husin (13) Husam Musa (7) Ibrahim Ali (1) Idris Buang (5) Idris Jala (1) Ik Pahon (1) Immigration Department (1) Indonesia (8) Institusi Raja-Raja (4) Iran (1) Islam (23) Ismail Sabri (3) Israel (10) Isthmus (1) James Masing (5) Jamil Khir Baharom (8) Jeffrey Kitingan (2) Jelaing Mersat (1) Jerip Susil (1) JKR (2) Johinical Rayong (1) Johor (10) Joseph Salang (2) Juanda Jaya (1) Julaihi Narawi (2) Jusuf Kalla (5) Kadir Sheikh Fadzir (3) Karim Hamzah (13) Karpal Singh (25) KDN (60) Kedah (9) Kelantan (21) Khairy Jamaluddin (5) Khaled Nordin (1) Khalid Ibrahim (61) Khalid Imath (1) Khalid Samad (1) Kiram III (111) Koh Su Koon (2) KPNDKK (6) KR1M (1) Kuala Besut (26) Kuala Lumpur (115) Lajim Ukin (6) Lanun Sulu (111) Larry Sng (5) Lawrence Lai (2) Lee Kuan Yew (3) Len Talif (3) LGBT (1) LHDN (3) Lim Guan Eng (81) Lim Kit Siang (22) Lim Su Kien (1) Liow Tiong Lai (1) List (1) Liwan Lagang (1) Lo Khere Chiang (1) M. Kayveas (2) Mahathir Mohamad (32) Mahfuz Omar (2) Mahkamah (38) Malaysia (18) Malaysia Royal Custom (1) Malaysiakini (1) Manifesto BN PRU-13 (2) MAS (14) Maslan Ahmad (6) Mat Sabu (9) MCA (9) Melaka (12) Melayu (5) Mesir (1) MH17 (26) MH370 (11) Micheal Manyin (3) Milosuam (1) Muhyiddin Yassin (14) Musa Aman (2) Mustafa Ali (13) Mustapa Mohamad (1) Najib Razak (164) Nallakarupan (4) Nancy Syukri (8) Naroden Majais (5) Nasharudin (9) Nazri Aziz (6) Negeri Sembilan (5) New Sarawak Tribune (1) NFC (1) Ngeh Koo Kam (7) Nik Aziz (40) Nik Azmi (1) Noh Omar (4) Norah Abdul Rahman (3) Norlia Abdul Rahman (1) NOW (1) Nur Misuari (21) Nurul Izzah (16) Ops Daulat (53) Other (145) Othman Mansur (1) Pahang (2) Pantai Damai (26) PAP (7) Parliament (4) Parliament Santubong (103) Parliment (1) Parliment Petra Jaya (16) PAS (231) Paulus Gumbang (8) PBB (123) PBB Youth (18) PBDS Baru (1) PDRM (338) Penan (2) Perak (12) Perlis (3) Peter Chin (12) Peter Nansian (9) Petronas (1) PKR (409) PM (9) Pondan (1) PPP (1) PPS (5) PR (448) PR1MA (1) PRK (25) PRS (23) PRU-14 (1) PSM (1) PTPTN (10) Pulau Pinang (43) Putra jaya (5) PWTC (4) Radio Free Sarawak (1) Rafizi Ramli (21) Rape (1) Rasuah (1) Razali Hamzah (1) RCI (2) Red Bean Army (4) Reformasi (1) Rentap Jabu (1) Richard Riot (3) Ripin Lamat (2) Robert Lian (1) Rocky's Bru (1) Rohani Karim (16) ROS (7) Rosey Yunus (10) Rosmah Mansur (8) RSN Rayer (1) Sabah (148) Saifuddin Nasution (3) Saiful Bukhari (7) SAPP (1) SAR (1) sara (1) Sarawak (355) Sarawak BN BBC (9) Sarawak GE (29) Sarawak Regatta (2) Sarawak Report (10) SCORE (3) Scorpene (8) See Chee How (4) Selangor (129) SGH (1) Shaberry Cheek (1) Shafiee Afdal (1) Shahrizat Jalil (8) Shamsidar Tahrin (13) Sharifah Hasidah (8) Sih Tua Tong (1) Sim Kui Hian (2) Singapore (8) Sivarasa (5) SKMM (3) Sng Chee Hua (1) SPDP (54) SPDP5 (15) Sports (16) SPR (16) SPRM (3) SSKM (1) Stephen Rundi (3) SUARAM (6) Sukan (2) Sukma Darmawan (1) SUPP (48) SWP (7) Syiah (4) Sylvester Entri (12) Tabung Baitulmal Sarawak (9) Taharuddin Yaakob (1) Taiwan (2) Talib Zulpilip (1) Tamrin Ghafar (1) Tan Joo Phoi (1) Tanjung Datu (15) Tengku Adenan Mansur (3) TERAS (11) Terengganu (40) Tian Chua (19) TIBAI (2) Tiki Lafe (13) Timbalan Menteri KDN (20) Ting Tze Fui (1) Tiong King Sing (2) Tiong Thai King (1) Tony Pua (4) TYT (10) Ummi Hafilda (4) UMNO (54) UPSR (1) USA (3) Vencent Lau Lee (1) Video (31) Violet Yong (1) Wan Azizah (36) Wan Hamzah Wan Paie (11) Wan Junaidi Tuanku Jaafar (147) Wee Ka Siong (1) Wilfred Bumburing (2) William Mawan (25) Wong Ho Leng (16) Wong Judat (2) Wong King Wei (1) Wong Soon Koh (15) Xenophon (1) Yang di-Pertuan Agong (1) Yap Hoi Liong (1) Yong Khoon Seng (2) Yong Teck Lee (1) Zahid Hamidi (38) Zahrain Mohamed Hasyim (1) Zairil Khir Johari (2) Zulkifli Nordin (6) Zuraida Kamarudin (7)

UnReportedNews™® Declaration

UnReportedNews™® Privacy

The owner of UnReportedNews™® does not share personal information with third-parties nor does the owner store information is collected about your visit for use other than to analyze content performance through the use of cookies, which you can turn off at any time by modifying your Internet browser’s settings

The owner of UnReportedNews™® is not responsible for the republishing of the content found on this blog on other Web sites or media without permission

UnReportedNews™® Comments

The owner of UnReportedNews™® reserves the right to edit or delete any comments submitted to UnReportedNews™® without notice due to:

Comments deemed to be spam or questionable spam

Comments including profanity

Comments containing language or concepts that could be deemed offensive

Comments that attack a person individually

UnReportedNews™® Terms & Conditions

All content provided on UnReportedNews™® is for informational purposes only

The owner of UnReportedNews™® makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site

The owner of UnReportedNews™® will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information

The owner of UnReportedNews™® will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information

UnReportedNews™®'s policy is subject to change at any time

UnReportedNews™®