Tuesday 18 June 2013

ANTI-KERAJAAN TAPI BEKERJA DENGAN KERAJAAN?

-GURU ADALAH PROFESSION YANG MULIA, ARTIKEL INI TIADA BERNIAT LANGSUNG UNTUK MENGHINA PROFESSION GURU CUMA SEBAGAI RENUNGAN ATAU TEGURAN KEPADA GURU-GURU KHUSUSNYA YANG BERTUGAS DI SARAWAK, YANG MUNGKIN MENYOKONG IDEOLOGI PEMBANGKANG & SECARA TAK LANGSUNG "BERKEMPEN" UNTUK MEREKA!-

UnReportedNews™® sebenarnya telah lama mendengar desas-desus dimana segelintir besar guru-guru, (dengan tiada niat menghina) khususnya dari Semenanjung yang bertugas di Sarawak yang berfahaman "tidak mesra kerajaan berkempen" di tempat mereka bertugas.

Sekali lagi UnReportedNews™® memohon maaf akan artikel ini yang tiada berniat langsung untuk menghina profession guru (tambahan kedua ibubapa admin UnReportedNews™® sendiri adalah bekas guru) namun sekadar buat renungan atau teguran kepada mana-mana guru yang mungkin "terlajak langkah", terkeluar dari "job-scope" asal mereka.

Syabas kepada Presiden Parti Rakyat Sarawak (PRS) Tan Sri Dr James Masing yang tegas dengan pendiriannya dimana beliau menyatakan yang dia tidak menarik balik kenyataannya sebelum ini yang menegur sikap segelintir guru di negeri ini yang antikerajaan.

Beliau yang dilaporkan Utusan Borneo menegaskan pendiriannya itu walaupun laporan berita semalam memetik Setiausaha Agung Kesatuan Guru Sarawak (STU) Yong Ing Thung sebagai berkata kenyataan Masing itu merupakan gambaran buruk terhadap guru di negeri ini.

Menurut Yong lagi untuk mengatakan guru antikerajaan adalah suatu yang amat tidak pernah dijangkakan oleh rata-rata guru yang berkhidmat dengan penuh setia di bawah kerajaan memerintah hari ini.

Bagaimanapun bagi Menteri Kanan dan Menteri Kemajuan Tanah itu menegaskan bahawa wujud keadaan guru didapati tidak berpihak kepada kerajaan Barisan Nasional (BN).

“Segelintir guru bukan dari Sarawak mengajar di pedalaman tidak mesra BN atau memihak kepada BN.

“Mereka tidak perlu berkongsi pandangan-pandangan politik dengan kita (BN) tetapi jangan diluahkan secara terbuka.

“Jika apa yang dikatakan Yong benar, maka kerajaan (seharusnya) tidak berdepan masalah untuk melaksanakan program-program pembangunannya. Saya sedia ditegur jika saya salah,” ujar Masing.

Jumaat lepas, Masing menegur segelintir penjawat awam terutama guru yang bersikap antikerajaan dan seolah-olah mereka tahu segalanya dengan hanya melihat fail serta dokumen tertentu dan memberitahu orang ramai mereka tahu semua perkara.

Yong dalam kenyataannya kepada The Borneo Post kelmarin berkata STU tidak bersetuju dan tidak senang hati dengan dakwaan Masing itu.

Beliau menambah, ramai guru terlibat membantu Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) melaksanakan Pilihan Raya Negeri dan Pilihan Raya Umum baru-baru ini.

“Kita tidak boleh menafikan beberapa guru terlibat dengan beberapa parti politik.

“Kita percaya dalam negara yang mengamalkan sistem demokratik, guru juga mempunyai hak demokrasi untuk melibatkan diri dengan parti-parti politik tertentu,” ujar Yong.

Terdahulu kenyataan Masing itu mendapat maklum balas daripada Yang Dipertua Kesatuan Guru Bumiputera Sarawak (KGBS) yang juga Setiausaha CUEPACS Sarawak Ahmad Malie dan Presiden STU Jisin Nyud yang disiarkan dalam Utusan Borneo Sabtu lepas sehari selepas kenyataan Masing disiarkan dalam akhbar sama.

Ahmad menyarankan agar pihak yang telah mengenal pasti golongan guru bersikap antikerajaan bersemuka dengan guru-guru terbabit bukannya mengambil pendekatan berkonfrontasi kerana ia tindakan tidak wajar.

Beliau menambah, tuduhan seumpama itu tidak boleh dilakukan secara umum semata-mata kerana tidak semua guru atau penjawat awam bersikap demikian malah masih ramai guru mahupun penjawat awam lain setia kepada kerajaan.

Jisin turut memberi jaminan bahawa guru-guru di Sarawak menyokong kerajaan sekarang dan ia tidak wajar dipersoalkan.

-UnReportedNews™®

No comments:

Post a Comment

You can comment whatever you want here but UnReportedNews™® will not be responsible if in the occasion that any legal action are to be taken on the person commenting in by other parties. :)

-UnReportedNews™®

UnReportedNews™® Hot Sizzling Malaysian Counterparts List