Wednesday, 19 June 2013

ANWAR AKHIRNYA MENGESAHKAN KEHADIRAN PKR PADA MAJLIS ANGKAT SUMPAH KELAK!

-SETELAH MENYEDARI APA JUA TAKTIKNYA TIDAK AKAN MEMBUAT KERAJAAN MENGADAKAN PRU ULANGAN UNTUK MENUTUPI "KEMALUANNYA" APABILA GAGAL MENJADI PERDANA MENTERI DEK TEWAS PADA PRIU-13, ANWAR AKHIRNYA AKUR AKAN MENGHADIRI MAJLIS TERSEBUT! ANWAR NI HANGAT-HANGAT TAIK AYAM JE! TAU PUN TAKUT! KEKEKE!!!-

Walaupun tidak berpuas hati dengan keputusan Pilihan Raya Umum k-13 (PRU-13), Datuk Seri Anwar Ibrahim mengesahkan bahawa kesemua 89 Ahli Parlimen Pakatan Rakyat akan menghadiri majlis angkat sumpah di Parlimen pada 24 Jun ini.

Ketua Pembangkang itu yang dilaporkan mStar sebagai berkata bahawa terdapat salah faham berhubung perkara itu, kerana mereka hanya membuat keputusan untuk memboikot sesi taklimat perjalanan Dewan Rakyat minggu lalu.

"Dengan semangat demokrasi berparlimen, kami membuat keputusan untuk menghadiri hari pertama sidang Parlimen," katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Parti Keadilan Rakyat (PKR) di sini di etaling jaya sebentar tadi.


Sebelum ini, pada majlis taklimat kepada ahli-ahli Dewan Rakyat, hanya seorang ahli Parlimen pembangkang yang hadir, iaitu Ahli Parlimen Bakri dari DAP, Er Teck Hwa.

-UnReportedNews™®

No comments:

Post a Comment

You can comment whatever you want here but UnReportedNews™® will not be responsible if in the occasion that any legal action are to be taken on the person commenting in by other parties. :)

-UnReportedNews™®

UnReportedNews™® Hot Sizzling Malaysian Counterparts List