Friday 15 March 2013

TIGA KUBUR MENGANDUNGI 15 MAYAT PENGGANAS SULU DITEMUI

-KUBUR-KUBUR BERKENAAN BERDEKATAN DENGAN KAMPUNG TANDOU, SEMUA PENGGANAS DIPERCAYAI TERBUNUH SEWAKTU SERANGAN UDARA TUDM PADA 1HB MAC LALU-

Tiga lagi kubur ditemui di Kampung Tanduo yang dalamnya terdapat 15 mayat pengganas Sulu yang dipercayai ditembak dalam pertempuran pada 1 Mac lalu.

Perkara itu didedahkan oleh Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Hamza Taib pada sidang media di sini, sebentar tadi. 

Tambah beliau, setakat hari ini, Ops Daulat mendapati 61 Pengganas telah ditembak mati dan 233 individu disyaki mempunyai kaitan dengan kumpulan pengganas Sulu ditahan

Hamza juga telah memaklumkan secara rasmi dan memberi tiga kepada Kerajaan Filipina untuk menuntut mayat pengganas atau akan dikebumikan di Malaysia.

Dalam sidang media yang sama, Hamza memberitahu polis akan menyiasat secara terperinci samaada ketua kumpulan tersebut Azzimudie Kiram sudah pun terlepas dari sekatan di Lahad Datu atau sebaliknya.

Semalam, pihak Tentera Laut Filipina, menahan seramai 38 penganas Sulu termasuk seorang wanita lengkap bersenjata menaiki sebuah bot pancung di perairan Filipina namun Azzimudie  Kiram tiada dalam kumpulan tersebut.

Azzimudie masih diburu!
Kerajaan Filipina telah menyuarakan harsat mereka untuk mengambil tindakan tegas terhadap 38 saspek pengganas tersebut.

Hamza juga mendedahkan satu kumpulan seramai lapan orang lelaki diberkas pihak berkuasa di perairan Sabah semalam disyaki cuba menyusup masuk Lahad Datu.

Walaupun tiada membawa sebarang senjata, kumpulan tersebut dikatakan membawa sejumlah matawang Filipina dan kini sedang disiasat motif kumpulan tersebut.

Dalam perkara yang berkaitan, dua lelaki disyaki tali barut pengganas militan ditahan dalam operasi sepasukan polis Cawangan Khas Bukit Aman di pekan Semporna, malam tadi.

Menurut laporan Bernama, Ketua Polis Daerah Semporna DSP Mohd Firdaus Francis Abdullah berkata dalam serbuan pada 8 malam itu dua lelaki berumur lingkungan 40-an ditahan selepas polis menerima maklumat awam.

"Kami menahan dua lelaki itu kerana disyaki menjadi tali barut kepada pengganas, dan kami akan soal siasat mereka untuk mendapatkan maklumat lebih lanjut," katanya ketika dihubungi, di sini hari ini.

Beliau berkata polis kini menjalankan siasatan sama ada lelaki yang dipercayai rakyat asing itu mempunyai kaitan atau tidak dengan serangan hendap di Kampung Simunul 2 Mac lepas.

Ditanya mengenai dakwaan penduduk tempatan berhubung ramai pendatang asing meninggalkan pekan Semporna, Mohd Firdaus berkata perkara itu akan disiasat bagi memastikan tiada anggota pengganas yang meloloskan diri dari pekan itu.

-UnReportedNews™®

* LINK POSTING PENGGANAS SULU DI SABAH UnReportedNews™®

No comments:

Post a Comment

You can comment whatever you want here but UnReportedNews™® will not be responsible if in the occasion that any legal action are to be taken on the person commenting in by other parties. :)

-UnReportedNews™®

UnReportedNews™® Hot Sizzling Malaysian Counterparts List