Friday 15 March 2013

LANUN-LANUN SULU SEBENARNYA RANCANG LANCAR SERANGAN KETIKA PRU-13!

-SECARA LOGIKNYA  APAKAH KAITAN PENCEROBOH DENGAN PRU-13? SEMESTINYA PIHAK YANG BERKEPENTINGAN POLITIK YANG BERKAITAN DENGAN LANUN-LANUN SULU NI! TAKKAN NAJIB & BN KOT, SEBAB MEREKA KAN "DAH GOYANG SEBAB SABAH NAK HILANG"? HABIS, SIAPA LAGI HA? ALAHAI AKU NI BUAT-BUAT TAK TAU PULAK! KEKEKE!!!-

Pengganas Sulu yang menceroboh masuk ke Kampung Tanduo di sini, dipercayai telah melakukan perancangan rapi dan sebenarnya merancang untuk melakukan serangan sebaik sahaja Parlimen dibubarkan.

Utusan Malaysia semalam melaporkan, menurut sumber, penceroboh yang turut didalangi penduduk tempatan itu mahu mengambil kesempatan daripada proses pilihan raya berkenaan bagi menjadikan negara kucar-kacir.

"Namun kita bersyukur kehadiran mereka telah dapat dikesan lebih awal dan usaha menghapuskan mereka telah dilakukan.

"Jika kita tidak dapat mengesannya, mungkin keadaan akan menjadi lebih buruk dan jumlah mereka yang datang semakin bertambah," katanya di sini hari ini.

Tambah sumber itu, kemasukan pengganas berkenaan telah dilakukan secara berperingkat-peringkat bagi mengaburi pihak keselamatan.

Dalam pada itu, Penganalisis Politik dan Sosial Universiti Malaysia Sabah (UMS), Zaini Othman berkata, sekiranya serangan pengganas itu dilakukan semasa Parlimen dibubarkan, mungkin akan memberi kesan yang lebih buruk.

Katanya, tindakan itu boleh menyebabkan keadaan huru-hara dan negara berada dalam keadaan yang tidak menentu seterusnya menyebabkan darurat.

"Kalau berlaku demikian, orang ramai akan berasa takut untuk keluar mengundi dan boleh menyebabkan Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13) di Sabah terpaksa ditangguhkan. Ini kerana syarat untuk mengadakan pilihan raya ialah semasa orang ramai berasa aman dan tidak dalam ketakutan," katanya di sini hari ini.

Mengulas lanjut, tegas beliau, sekiranya serangan dilakukan semasa PRU-13, tiada mana-mana pihak sama ada kerajaan atau pun pembangkang akan mendapat kelebihan.

"Dalam keadaan huru-hara, keseluruhan negara akan rugi dan tiada gunanya kuasa yang ada pada mana-mana pihak," ujarnya.

Sementara itu, saki-baki pengganas Sulu yang dikepung pasukan keselamatan, kini dipercayai terpaksa bergerak dalam kumpulan-kumpulan kecil dan bersembunyi di kawasan paya berhampiran kampung.

Panglima Angkatan Tentera, Jeneral Tan Sri Zulkifeli Mohamad Zain berkata, saki-baki kumpulan pengganas itu dikesan di lokasi berkenaan khususnya di Kampung Sungai Nyamuk.

“Pengganas kini bergerak dalam kumpulan kecil bagi membolehkan mereka bergerak pantas," katanya dalam sidang akhbar Ops Daulat bersama Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar di sini petang ini.

Yang turut hadir, Pengarah Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam Bukit Aman, Datuk Salleh Mat Rasid.

Zulkifeli memberitahu, tiada pertempuran antara pasukan keselamatan dan pengganas pada hari ini, bagaimanapun pihaknya masih melakukan operasi penggeledahan khususnya di Kampung Sungai Nyamuk.

“Kami percaya musuh bersembunyi di kawasan paya dan sebelum membuat penggeledahan kami menggunakan tembakan tertentu," katanya.

Dalam pada itu, beliau memberitahu, tiga anggota pasukan keselamatan yang tercedera kini dirawat di Hospital Sandakan dan berada dalam keadaan stabil.

-UnReportedNews™®

* LINK POSTING PENGGANAS SULU DI SABAH UnReportedNews™®

No comments:

Post a Comment

You can comment whatever you want here but UnReportedNews™® will not be responsible if in the occasion that any legal action are to be taken on the person commenting in by other parties. :)

-UnReportedNews™®

UnReportedNews™® Hot Sizzling Malaysian Counterparts List