Thursday, 14 March 2013

TIAN CHUA KENA "USUNG" SEBAB CUBA LARI DARI MAHKAMAH!

-MANA LU PUNYA KEBERANIAN HAA? TUJUH ORANG ANGGOTA TERPAKSA USUNG TIAN CHUA YANG MENDAKWA INSIDEN LAHAD DATU HANYA DRAMA UMNO! TAK PAYAH HUKUMAN PENJARA, HUKUM JE SEMINGGU MENETAP DI LAHAD DATU, BARU DIER TAHU DRAMA KE TIDAK! KEKEKE!!!

"Wa tak mahu di hantar ke Lahad Datu!," diusung beramai-ramai oleh anggota polis ketika dia dikatakan cuba lari dari mahkamah
Anggota Parlimen Batu dan Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat, Tian Chua dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini Khamis terhadap pertuduhan menyebut perkataan menghasut dengan membuat empat kenyataan berhubung isu Lahad Datu.

Menurut laporan Bernama, Tian Chua atau nama sebenarnya Chua Tian Chang, 50, mengaku tidak bersalah ketika pertuduhan dibacakan terhadapnya di hadapan Hakim Mohamad Sekeri Mamat.

Empat kenyataan itu ialah:

* Serangan tembak-menembak di Lahad Datu dipercayai konspirasi terancang kerajaan Umno untuk mengalih perhatian dan menakut-nakutkan rakyat.
* Insiden berkenaan menimbulkan banyak persoalan dan keraguan di sebalik wayang mainan kerajaan Umno.
* Menyifatkan pencerobohan di Lahad Datu hanya sandiwara kerajaan untuk menakut-nakutkan rakyat seolah-olah wujud suasana tidak aman di Sabah. Kejadian pencerobohan di Lahad Datu hanya sandiwara kerajaan untuk menakut-nakutkan rakyat seolah-olah wujud suasana tidak aman di Sabah; dan
* Ada konspirasi oleh kerajaan Umno untuk mengalih pandangan rakyat Sabah, terutama dari isu pemberian kad pengenalan kepada warga asing.

Beliau didakwa melakukan kesalahan itu di No. 62-2-A Fraser Business Park, Jalan Metro Pudu off Jalan Yew, di sini pada pukul 11 pagi, 1 Mac lepas.

Pertuduhan dibuat mengikut Seksyen 4(1)(b) Akta Hasutan 1948 dan boleh dihukum menurut Seksyen 4(1) akta sama yang boleh didenda maksimum RM5,000 atau penjara maksimum tiga tahun atau kedua-duanya bagi kesalahan kali pertama dan boleh dipenjara maksimum lima tahun bagi kesalahan seterusnya.

Timbalan Pendakwa Raya Yusaini Amir Abdul Karim menawarkan jaminan RM5,000 dengan seorang penjamin terhadap tertuduh.

Peguam N. Surendran yang mewakili Tian Chua memohon anak guamnya dibebaskan dengan bon sendiri iaitu tanpa wang atau penjamin dengan alasan tertuduh telah memberi kerjasama sepenuhnya kepada pihak polis sepanjang siasatan kes itu dan tidak mungkin anak guamnya akan melarikan diri dan tidak hadir semasa perbicaraan.

Surendran berkata pertuduhan yang dihadapi tertuduh juga tidak mempunyai merit dan pihak pendakwaan berkemungkinan tidak akan berjaya membuktikan kes prima facie sekiranya tiada merit.

Peguam itu juga berkata Perdana Menteri pada 11 Julai tahun lepas telah mengeluarkan kenyataan bahawa Akta Hasutan 1948 yang dihadapi anak guamnya akan dimansuhkan sepenuhnya.

“Ia bersifat tidak adil kepada tertuduh kerana ada akujanji daripada Perdana Menteri bahawa akta hasutan itu akan dimansuhkan dan kemungkinan pihak pendakwaan untuk berjaya dalam kes ini adalah tipis,” katanya.

Yusaini Amir pula berhujah tujuan pihak pendakwaan menawarkan jaminan RM5,000 itu adalah untuk memastikan kehadiran tertuduh ke mahkamah dan jumlah itu juga munasabah.

Yusaini Amir berkata segala bukti dan keterangan akan dikemukakan kepada mahkamah semasa perbicaraan dan pada peringkat ini adalah terlalu awal untuk mengatakan tiada prima facie dalam kes itu.

Mengenai hujahan peguam bahawa Perdana Menteri ada mengeluarkan kenyataan berhubung akta hasutan itu akan dimansuhkan, Yusaini Amir berkata akta itu masih berkuatkuasa dan selagi ia sah, akta itu tidak boleh dilanggar.

Sementara itu Surendran memaklumkan kepada mahkamah bahawa pihaknya akan memfailkan permohonan di Mahkamah Tinggi untuk membatalkan pertuduhan atas alasan salah guna kuasa kerana pertuduhan yang dihadapi anak guamnya itu berbaur politik.

Mohamad Sekeri membenarkan tertuduh diikat jamin RM5,000 dengan seorang penjamin dan menetapkan 12 April depan untuk sebutan kes.

Mohamad Sekeri berkata akta hasutan itu masih belum dimansuhkan dan selagi belum dimansuhkan, akta itu masih terpakai. 

-UnReportedNews™®

No comments:

Post a Comment

You can comment whatever you want here but UnReportedNews™® will not be responsible if in the occasion that any legal action are to be taken on the person commenting in by other parties. :)

-UnReportedNews™®

UnReportedNews™® Hot Sizzling Malaysian Counterparts List