Thursday, 14 March 2013

DASAR LANUN SULU TAK BERPERIKEMANUSIAAN, MAYAT RAKAN PUN DIJADIKAN UMPAN!

-MENGETAHUI PIHAK KESELAMATAN MALAYSIA BERUSAHA MENDAPATKAN MAYAT- MAYAT PENGGANAS YANG TERBUNUH, MEREKA AKAN MENANAM MAYAT-MAYAT TERSEBUT & MENANTI PELUANG UNTUK MENYERANG HENDAP KEMUDIAN! KURANG HAJAR ORANG-ORANG KIRAM III BODOH TU KAN? KEKEKE!!!-

Ops Daulat telah memasuki hari ke-10 pihak keselamatan yang dianggotai oleh PDRM dan ATM mempergiatkan serangan dengan menambah aset untuk membersihkan saki-baki pengganas Sulu.

Menurut rakan blogger Sungai Rapat Online, modus operandi terkini pengganas adalah kubur pengganas Sulu yang ditembak mati disyaki dijadikan ‘umpan’ oleh saki-baki rakan mereka untuk menyerang hendap anggota pasukan keselamatan yang berusaha mendapatkan mayat itu.

Sumber pasukan keselamatan berkata, pihaknya percaya saki-baki pengganas Sulu yang kini diburu, bersembunyi tidak jauh daripada kubur rakan mereka untuk memudahkan mereka melakukan serang hendap.

Ini kerana mereka tahu kita akan berusaha mendapatkan mayat rakan mereka sebagai bukti dan untuk kita lakukan bedah siasat. Jadi, mereka akan tanam mayat rakan dan menunggu kehadiran pasukan kita untuk melakukan serang hendap.

Berdasarkan situasi ketika pertempuran sebelum ini, kita percaya jumlah mereka yang bersembunyi itu tidak ramai. Mungkin dua atau tiga orang saja, tapi mereka lengkap bersenjata dan mampu mengancam nyawa anggota keselamatan kita.

Menurutnya, maklumat diperoleh juga menunjukkan saki-baki pengganas terbabit tidak melakukan serang hendap itu serta-merta sebaik saja anggota pasukan keselamatan menghampiri kubur.

-UnReportedNews™®

* LINK POSTING PENGGANAS SULU DI SABAH UnReportedNews™®

No comments:

Post a Comment

You can comment whatever you want here but UnReportedNews™® will not be responsible if in the occasion that any legal action are to be taken on the person commenting in by other parties. :)

-UnReportedNews™®

UnReportedNews™® Hot Sizzling Malaysian Counterparts List