Friday 1 March 2013

TERKINI:MALAYSIA AKAN PERTAHANKAN KEDAULATANNYA WALAU DENGAN APA CARA!

-TERKINI SEHINGGA JAM 8.15PM, SERAMAI TIGA ASKAR MALAYSIA DISAHKAN TERKORBAN, DUA CEDERA MANAKALA 12 ORANG DARI KUMPULAN PENCEROBOH BERKENAAN TERBUNUH DALAM SATU KEJADIAN BERBALAS TEMBAKAN PADA SEBELAH PAGI TADI DI LAHAD DATU & KESELURUHAN PASUKAN KESELAMATAN NEGARA TELAH DILETAKKAN DALAM KEADAAN BERJAGA-JAGA!-

Al-Fatihah disedekahkan buat tiga anggota Polis DiRaja Malaysia (PDRM) yang terkorban iaitu Inspektor Zulkifli Mamat, Koperal Sabarudin Daud, Koperal Azman Ampong (yang tercedera dibahagian punggung dan belakang namun dsahkan telah kembali ke rahmatullah pada jam 6 petang tadi di Hospital Lahad Datu).

Sementara itu, dua rakan mereka; Koperal Mohd Tarmizi Hashim (yang cedera ditangan dan kakinya) dan Konstabel Mohamad Qaiyum’aiqal (yang tercedera dibahu kanan dan kedua-dua kakinya), masing-masih kini sedang menerima rawatan diHospital Sandakan dan diHospital Lahad Datu dan kini dalam keadaan yang stabil.

Seramai 12 orang daripada kumpulan penceroboh tersebut telah terbunuh dalam pertempuran berdekatan Kampung Tanduo kira-kira 130 kilometer dari Lahad Datu dimana beberapa anggota kumpulan penceroboh yang telah berkubu di Kampung sejak hampir tiga minggu yang dikatakan tiba-tiba mara kira-kira 1.5 dan melepaskan tembakan kearah anggota-angota PDRM yang sedang berkawal dan mengepung semenjak pencerobohan itu.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dalam responnya terhadap peristiwa berdarah tersebut telah mengeluarkan arahan kepada Ketua Polis Negara Tan Sri Ismail Omar dan juga Panglima Angkatan Tentera Jeneral Tan Sri Zulkifeli Mohd Zin agar mengambil bertindak yan sewajarnya mengikut kesesuaian situasi.

"Pemerintah di medan sudah diberi mandat untuk bertindak sama ada penceroboh terbabit menyerah diri atau menerima kesan yang lebih buruk. Penceroboh sudah menyebabkan anggota kita terkorban jadi tiada lagi tempoh untuk mereka," katanya siang tadi.

Dengan nada kecewa, Najib menyatakan Kerajaan Malaysia telah cuba berkompromi, malah menunjukkan toleransi yang begitu tinggi kerana mengelak sebarang kejadian yang tidak diingini seperti pertumpahan darah namun malangnya ianya berkau jua sehingga mengorbankan banyk nyawa," katanya lagi.

Najib, yang pernah memegang portfolio Menteri Pertahanan sebelum ini memberitahu pemberita kumpulan penceroboh bersenjata berkenaan dilaporkan telah terlebih dahulu memulakan serangan terhadap pasukan keselamatan Malaysia apabila mereka mara 1.5 kilometer dari tempat mereka berkampung sebelum inI.  

"Saya telah mengeluarkan arahan memandat kepada Ketua Polis Negara dan Panglima Angkatan Tentera untuk mengambil sebarang tindakan terhadap kumpulan penceroboh bersenjata itu dan tiada kompromi lagi," tegasnya sambil menambah, mereka (polis dan tentera) akan diberi kuasa sepenuhnya untuk bertindak dengan apa saja mengikut budi bicara mereka tetapi kumpulan ini mesti ditumpaskan dan mereka mestilah diambil tindakan yang sepatutnya.


"Sekarang, tiada masa lagi untuk berkomproni kerana, (kini) sama ada mereka (penceroboh) menyerah diri atau mereka terima apa jua kesan daripada tindakan mereka yang kini sdah dikepung sepenuhnya dan pasukan tentera laut negara telah meningkatkan tahap keselamatan di perairan bagi mengelakkan kumpulan itu melarikan diri," tambahnya lagi.

Najib turut melahirkan rasa kesal dengan kejadian itu kerana sepatutnya pertumpahan darah mahu dielak daripada berlaku, akibatnya kini negara kehilangan anggota-angota keselamatan kita.


Sementara itu, Menteri Keselamatan Dalam Negeri Datuk Seri Hisyamuddin Tun Hussin menjelas, dia difahamkan kejadian berbalas tembakan diantara kumpulan penceroboh dan PDRM dipercayai bermula sekitar jam 10 pagi apabila kumpulsan penceroboh yang mara and menembak ke arah anggota-anggota PDRM yang berkawal dan mengepung kawasan tersebut yang kemudian terpaksa membalas tembakan dalam usaha untuk mempertahankan diri.



Dalam nada yang sama, Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Hamza Taib juga mengesahkan kumpulan penceroboh itu yang telah mula melepaskan tembakan terlebih dulu ketika pihak berkuasa keselamatan sedang mengetatkan kepungan di lokasi persembunyian mereka di Kampung Tanduo.


"Dalam kejadian yang berlaku sekitar jam 9.59 pagi, pertempuran diantara kumpulan pencoroboh dan PDRM berpanjangan berbala tembakan diantara 20 hingga 30 minit," jelas Hamza sambil menambah pihaknya juga merampas beberapa senjata antaranya M-16, pelancar roket, peluru dan beg pakaian di sekitar kawasan pertempuran itu berlaku.

Berhubung perintah berkurung yang dikatakan dikuatkuasakan di Lahad Datu, Hamzah mengesahkan tidak mengeluarkan arahan seumpama itu kerana keadaan adalah terkawal.



-UnReportedNews™®

LINK POSTING PENGGANAS SULU DI SABAH UnReportedNews™®

No comments:

Post a Comment

You can comment whatever you want here but UnReportedNews™® will not be responsible if in the occasion that any legal action are to be taken on the person commenting in by other parties. :)

-UnReportedNews™®

UnReportedNews™® Hot Sizzling Malaysian Counterparts List