Monday, 11 March 2013

PENGGANAS SULU TIDAK KEBAL, BUKTINYA, "KOMANDER MUSA" ANTARA MAYAT DITEMUI

-HAKIKATNYA PENGGANAS-PENGGANAS SULU JUGA  ADALAH MANUSIA BIASA, YANG MERASAI KESAKITAN, BERDARAH JIKA LUKA & MATI JIKA  AJALNYA TIBA MAKA PERCAKAPAN MENGENAI KEKEBALAN MEREKA DIHALAMAN MEDIA SOSIAL HANYALAH SEKADAR DITOKOK-TAMBAH SAHAJA, TIADA LEBIH DARI ITU! KEKEKE!!!-

Satu daripada 18 mayat penceroboh militan yang dihantar ke Hospital Lahad Datu malam tadi, dipercayai ketua kumpulan itu yang dikenali sebagai Komander Musa.

"Satu mayat itu macam rupa Komander Musa," kata Ketua Forensik Operasi Daulat ASP Hussien Omar Khan dalam laporan Bernama yang turut menyatakan mayat yang dibawa keluar dari Kampung Tanjung Batu di Felda Sahabat, kira-kira 130km dari sini, telah reput dan proses bedah siasat akan dibuat pakar patologi dari Hospital Pulau Pinang.

Musa, yang mengetuai kumpulan pengganas Sulu dikatakan melarikan diri dari Kampung Tanduo dan memasuki Kampung Tanjung Batu sebelum terbunuh dalam pertempuran yang turut menyaksikan 31 pengganas Sulu maut.

Ketua Polis Daerah Supt Shamsudin Mat berkata, sembahyang jenazah akan diadakan untuk pengganas yang terbunuh pada satu tarikh yang akan ditetapkan kemudian.

"Kita sebagai umat Islam mempunyai tanggungjawab kepada saudara sesama Islam, biarpun mereka adalah musuh kita. Kita juga mendoakan roh mereka dicucuri rahmat," katanya, tanpa menyatakan lokasi pengganas itu akan dikebumikan. 

Sementara itu dalam hal berkaitan, Penolong Ketua Urusetia Pejabat Ketua Polis Negara (Perhubungan Awam) ACP Ramli Mohammed Yusoff berkata bilangan penceroboh militan yang terbunuh dalam Operasi Daulat membuktikan mereka sebenarnya tidak kebal, sepertimana yang diperkatakan.

"Ini terbukti apabila pasukan keselamatan menembak mati 54 orang daripada mereka," katanya sambil menambah cerita mengenai kekebalan penceroboh Sulu itu menjadi percakapan ramai apabila tersebar di laman sosial gambar mereka yang terbunuh memakai tangkal dan kain berwarna kuning pada badan. 

Ramli berkata, penggunaan tangkal itu mungkin untuk meyakinkan pengikut kumpulan berkenaan bahawa tindakan mereka kononnya adalah jihad.

"Hakikatnya hanya ilmu pengetahuan yang mampu memberikan kita kepandaian dalam mempertahankan negara dan bukan ilmu tahyul yang menyempitkan akal kita," katanya.

-UnReportedNews™®

No comments:

Post a Comment

You can comment whatever you want here but UnReportedNews™® will not be responsible if in the occasion that any legal action are to be taken on the person commenting in by other parties. :)

-UnReportedNews™®

UnReportedNews™® Hot Sizzling Malaysian Counterparts List