Sunday, 17 March 2013

CUBAAN FITNAH KELUARGA KIRAM III TERHADAP MALAYSIA KANTOI!

-ADMIN FACEBOOK FANPAGE JACEL KIRAM CUBA MEMBERI GAMBARAN YANG KONONNYA SEORANG POLIS MALAYSIA MENGADU KEPADANYA YANG DIA TELAH MENYAKSIKAN BAGAIMANA "TENTERA MALAYSIA" YANG MENCACATKAN ENAM MAYAT ANGGOTA POLIS YANG TERKORBAN DI LAHAD DATU! SAMPAI TAHAP BEGINI PENIPUAN LANUN-LANUN SULU ITU!-

Facebook Fanpage Jacel Kiram penuh dengan kata-kata penghinaan terhadap negara Malaysia dan semua kita rakyat Malaysia. Aku tabik kepada beberapa orang rakyat kita berdebat dengan mereka mengenai krisis Lahad Datu kini tapi kita admin-admin page tersebut bagaikan sudah dirasuk menghabur kata-kata nista malah mendeletekan komen-komen berani rakyat Malaysia dalam thread mereka.

Yang paling menarik perhatian aku adalah posting yang dibuat oleh admin yang bernama Maria yang mana memberi gambaran seorang polis Malaysia yang "merasa bersalah" mengadu kepadanya bahawa dia telah menyaksikan bagaimana "tentera Malaysia" mencacatkan mayat enam anggota polis kita yang terkorban untuk memburukkan lanun-lanun Sulu tersebut!

Admin tersebut bagaikan terlalu obses untuk meyakinkan pembacanya sehingga menggunakan perkataan "polis" dalam mesej yang ditulis dalam Bahasa Inggeris. "Polis Malaysia" tersebut mendakwa rakannya telah ditembak oleh "tentera Malaysia" kerana tidak mahu mencacatkan mayat-mayat anggta polis yang telah terkorban.

Memang kantoilah lanun-lanun Sulu ini kerana mereka fikir tiada angota yang terselamat dalam serangan tersebut namun Allah Maha Adil & Saksama, maka ditakdirkanNya salah seorang daripada kumpulan anggota polis yang di serang itu terselamat.

Bacalah, kisah ini adalah kisah benar yang diceritakan oleh seorang anggota keselamatan yang terselamat. Beliau kini lumpuh kedua belah tangannya kerana ditetak oleh pengganas Sulu di Lahad Datu. Nama beliau terpaksa dirahsiakan atas permintaan.

Saya terlebih dahulu memohon maaf kepada semua pembaca yang mungkin tersinggung dengan kisah ini. Namun saya merasakan ianya perlu diceritakan untuk menjadi iktibar kepada semua bahawa apa yang berlaku bukanlah sebuah sandiwara seperti yang didakwa sesetengah pihak.

Saya juga mengucapkan takziah kepada seluruh ahli keluarga wira-wira negara yang terkorban di perbatasan. Hanya Allah yang akan membalasnya dan semoga wira-wira negara ini diletakkan dikalangan para Syuhada'. - Amin ..

Dia ditembak, namun dia bernasib baik kerana tembakan itu tidak tepat kepadanya. Sebaliknya tembakan itu tepat mengena Tuan Ibrahim. Tiba-tiba datang pengganas Sulu dengan parang lalu cuba menetak beliau beberapa kali. Dia menggunakan tangannya untuk menahan tetakan menyebabkan jari-jari dan kedua tangannya hampir putus.

Dia menceritakan, bahawa yang meninggal cukup sifatnya hanyalah Superitenden Ibrahim. Yang lain semuanya meninggal dalam keadaan ngeri. Pengganas seolah-olah hilang ingatan. Walaupun ada anggota kita yang telah mati ditembak, tetapi mereka datang lalu memenggal kepala dan merodok perut mayat dengan parang.

Ada anggota yang telah mati dipotong kaki dan tangannya. Malah dikorek mata jasad yang telah terbujur kaku itu. Mereka mahu pastikan musuh mereka benar-benar mati. Zalim dan kejam itu perkataan yang sesuai untuk perbuatan mereka.

Dia bernasib kerana dalam kesakitan itu, dia melarikan diri ke dalam rumah orang kampung. Dia juga dapat melihat mayat Tuan Ibrahim, diheret oleh seorang anggota yang terselamat ke dalam sebuah rumah yang lain. dua puluh jam dia menahan kesakitan menunggu bantuan sehingga darahnya hampir kering. Dia dapat melihat dengan jelas bagaimana semut-semut datang menghurung luka-lukanya. ALLAH MAHA BESAR, diurunkan hujan dan dia hanya minum air hujan itu.

Akhirnya dia diselamatkan. kedua tangannya yang hampir putus dijahit semula. Namun sehingga kini, dia tidak dapat menggerakkan tangannya itu.

Air matanya berlinangan. Dia tidak akan lupakan pasukannya diserang hendap tempoh hari. Dia juga tidak akan melupakan kekejaman yang dilakukan oleh pengganas-pengganas itu. Mereka terlalu zalim !!

Al-Fatihah buat Pejuang-pejuang yang pergi .. semoga arwah ditempatkan dikalangan para Syuhada .. Amin Ya Rabbal Alamin

-UnReportedNews™®

No comments:

Post a Comment

You can comment whatever you want here but UnReportedNews™® will not be responsible if in the occasion that any legal action are to be taken on the person commenting in by other parties. :)

-UnReportedNews™®

UnReportedNews™® Hot Sizzling Malaysian Counterparts List