Monday, 18 February 2013

UGUTAN TERHADAP PSY BETUL-BETUL MEMALUKAN MALAYSIA!

-PEMBANGKANG BETUL-BETUL MEMALUKAN MALAYSIA DIMATA DUNIA, PSY DAH MEMBUAT PERSEMBAHAN DIPULUHAN NEGARA ASING & MUNGKIN INI KALI PERTAMA DIA MENERIMA UGUTAN GARA-GARA KERANA POLITIK SESEBUAH NEGARA ASING! NGAPA AKU TUDUH PEMBANGKANG? AIH! TAKKAN GERAKAN ATAU MCA YANG CUBA BUAT HAL DALAM ACARA BN PENANG KAN? KEKEKE!!!-

Tindakan pihak yang mengugut Psy sewaktu dia membuat persembahan di Pulau Pinang sewaktu Sambutan Tahun Baru Cina baru-baru ini betul-betul memalukan Malaysia secara umumnya.

Masakan tidak, Psy, bintang antarabangsa Korea Selatan yang terkenal dengan lagutarinya Opa Gangnam Stye telah banyak kali membuat persembahan di negara-negara asing, namun pastinya inilah julung ali dia diugut kerana ketidaksefahaman politik negara yang dia akan melakukan persembahan!

Ketua Polis Pulau Pinang Datuk Abdul Rahim Hanafi pada minggu lepas telah mengesahkan telah menerima maklumat mengenai ancaman keselamatan terhadap penyanyi sensasi Korea Selatan Park Jae Sang atau dikenali sebagai Psy semasa kedatangannya ke negeri ini Isnin lepas.

"Selepas menerima maklumat mengenai ugutan tersebut, polis telah mengambil langkah keselamatan dan memberi kawalan ketat kepada semua pergerakan Psy semasa beliau berada di negeri ini, kata Abdul Rahim sambil menambah, kawalan ketat dan nasihat keselamatan juga diberikan sewaktu Psy mengadakan persembahan di Kolej Han Chiang pada Isnin lepas.

Pada 12 Feb pukul 2.00 pagi polis telah mengatur kepulangan Psy tanpa diketahui umum," katanya mengulas mengenai kenyataan Pengerusi Barisan Nasional (BN) negeri Teng Chang Yeow yang mendakwa terdapat cubaan mengancam keselamatan nyawa Psy yang menjadi penyebab beliau enggan menyertai pemimpin BN dalam acara menggaul 'yee sang' pada majlis Rumah Terbuka 1Malaysia Tahun Baharu Cina di padang Kolej Han Chiang, Isnin lepas.

Perkara itu sekali gus menolak dakwaan sesetengah pihak bahawa penyanyi yang popular dengan lagu 'Oppa Gangnam Style' itu enggan bersama Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak untuk menggaul 'yee sang' pada acara berkenaan, jelas Teng lagi.

Artikel Berkaitan:


No comments:

Post a Comment

You can comment whatever you want here but UnReportedNews™® will not be responsible if in the occasion that any legal action are to be taken on the person commenting in by other parties. :)

-UnReportedNews™®

UnReportedNews™® Hot Sizzling Malaysian Counterparts List