Friday 15 February 2013

PSY @GANGNAM TELAH DIANCAM KETIKA DI MALAYSIA!

-SALUTE-LAH  DENGAN PSY WALAUPUN MENERIMA UGUTAN DI SINI, BELIAU MENERUSKAN PERSEMBAHANNYA & MENG"GANGNAM"KAN PULAU PINANG MINGGU LEPAS .. UGUTAN TERHADAP BINTANG SENSASI KOREA SELATAN TERSEBUT YANG DIPERCAYAI DI LAKUKAN OLEH PIHAK YANG BERPUNCA DARI RASA TIDAK PUASHATI DISEBABKAN PERSEMBAHANNNYA PADA MAJLIS ANJURAN BN PENANG! BUSUK PUNYA HATI JUAK TU YE! KEKEKE!!!-

Ketua Polis Pulau Pinang Datuk Abdul Rahim Hanafi semalam mengesahkan telah menerima maklumat mengenai ancaman keselamatan terhadap penyanyi sensasi Korea Selatan Park Jae Sang atau dikenali sebagai Psy semasa kedatangannya ke negeri ini Isnin lepas.

"Selepas menerima maklumat mengenai ugutan tersebut, polis telah mengambil langkah keselamatan dan memberi kawalan ketat kepada semua pergerakan Psy semasa beliau berada di negeri ini, kata Abdul Rahim sambil menambah, kawalan ketat dan nasihat keselamatan juga diberikan sewaktu Psy mengadakan persembahan di Kolej Han Chiang pada Isnin lepas.

Pada 12 Feb pukul 2.00 pagi polis telah mengatur kepulangan Psy tanpa diketahui umum," katanya mengulas mengenai kenyataan Pengerusi Barisan Nasional (BN) negeri Teng Chang Yeow yang mendakwa terdapat cubaan mengancam keselamatan nyawa Psy yang menjadi penyebab beliau enggan menyertai pemimpin BN dalam acara menggaul 'yee sang' pada majlis Rumah Terbuka 1Malaysia Tahun Baharu Cina di padang Kolej Han Chiang, Isnin lepas.

Perkara itu sekali gus menolak dakwaan sesetengah pihak bahawa penyanyi yang popular dengan lagu 'Oppa Gangnam Style' itu enggan bersama Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak untuk menggaul 'yee sang' pada acara berkenaan, jelas Teng lagi.

-UnReportedNews™®

Artikel Berkaitan:




No comments:

Post a Comment

You can comment whatever you want here but UnReportedNews™® will not be responsible if in the occasion that any legal action are to be taken on the person commenting in by other parties. :)

-UnReportedNews™®

UnReportedNews™® Hot Sizzling Malaysian Counterparts List