Friday, 15 February 2013

BETUL-CETUL TAK ADIL, ANWAR KENA MAKI, NAJIB PULA DIPUJI!!!

-IBARAT LANGIT & BUMI, BEGITULAH PERBEZAAN SAMBUTAN PENDUDUK SABAH TERHADAP ANWAR & NAJIB, DIMANA ANWAR PADA HARI AHAD LEPAS DIMAKI-HAMUN & DISUMPAH SERANAH GARA-GARA PENGANUGERAHAN GELARAN "HUGUAN SIOU" (klik sini), NAJIB YANG TIBA DI PEKAN BEAUFOT SEMALAM SEBALIKNYA, SAMBUT DENGAN BEGITU MERIAH SEKALI OLEH LEBIH DARI LEBIH DARI 20,000 ORANG! WOW! MELEPASLAH PEMBANGKANG PARLIMEN BEAUFOT! KEKEKE!!!-






















Bagai langit dan bumi, begitulah perbezaan sambutan penduduk Sabah terhadap dua orang  pemimpin dimana jika kehadiran Ketua Umum pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim disana pada Ahad lepas dihambur maki-hamun dan sumpah seranah gara-gara penganugerahan gelaran "Huguan Sogoiu", penduduk tempatan dari pelbagai kaum ethnik Sabah, sebaliknya Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak disambut meriah oleh lebih dari 20,000 orang penduduk!

Dalam ucapannya, Najib memperingatkan rakyat agar jangan memilih dan seharusnya menolak pemimpin yang menganggap dirinya lebih besar daripada parti pada Pilihan Raya Umum ke 13 nanti kerana asas perjuangan parti adalah lebih besar daripada kepentingan individu dan perkara paling penting sekali adalah perjuangan untuk membela nasib rakyat serta melaksanakan pembangunan demi kepentingan rakyat yang perlu diteruskan.

"Pemimpin datang dan boleh pergi, patah tumbuh hilang berganti dan walaupun pada hakikatnya kita kehilangan seorang pemimpin tempatan, tetapi satu yang amat pasti adalah, dia tidak boleh lebih besar daripada parti kerana perjuangan masih boleh diteruskan," katanya lagi dihadapan hadirin yang sebahagiannya besar mereka telah memenuhi kawasan padang untuk di Pekan Beaufot dan menanti dengan sabar dan menanti bejam-jam dengan sabar hanya untuk bertemu dan mendengar amanat dari Pemimpin Nombor Satu Malaysia pada majlis perjumpaan bersama rakyat berkenaan.

Masyarakat di Pekan Beaufort seakan sudah berpatah hati dengan Ahli Parlimen mereka Datuk Seri Lajim Ukin yang juga merupakan bekas timbalan menteri perumahan dan kerajaan tempatan namun beliaua pada Julai tahun lepas telah mengumumkan peletakan jawatannya sebagai ketua Umno bahagian Beaufort dan mengetuai pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Pakatan Perubahan Sabah (PPS) yang kini menampakkan kecenderungan menyokong pakatan pembangkang.

"Kalau rakyat hendakkan jalanraya, kita boleh bagi jalanraya, hendakkan sekolah boleh diluluskan dan hendakkan loji air pun kita juga boleh luluskan tapi yang teramat penting kali adalah rakyat perlu bijak menilai pemimpin yang boleh membela kepentingan mereka dan sentiasa menepati janji ketika berkuasa," kata Najib.

"Maka dengan itu, rakyat seharus berlaku bijak dengan tidak memilih individu yang sewaktu berkuasa tidak pernah menunaikan janji tetapi apabila hilang kuasa bijak menjaja janji dan memburuk-burukkan kerajaan dan negara dan sememangnya kita tidak boleh pakai pemimpin yang apabila tiada kuasa dia mahu janji, dia jual janji, dia menagih simpati dan menuduh kerajaan BN tidak menolong rakyat," tegas Najib yang mendapat sorakan gemuruh.

"Hendak cakap itu mudah tetapi hendak buat itu susah, ingat, hendak musnah itu mudah tetapi hendak bina itu susah, nak cakap buka mulut sahaja boleh cakap di bibir boleh main janji tetapi janji orang yang tiada kuasa, kita janji apa, kita tepati," katanya sambil menegaskan pembangkang sememannya bermimpi di siang hari jika berniat untuk menawan Beaufort, Papar, Kimanis dan Tuaran, itu niat mereka tetapi sebenar Sabah masih tetap dengan BN, ianya amat jelas dengan jumlah kehadiran rakyat yang begitu memberansangkan sekali pada hari ini."

Beri laluan, beri laluan buat Huguan Siou
Mengucapkan terima kasih kepada pemangku Pengerusi Umno Beaufort Isnin Aliasneh kerana berjaya menghimpunkan begini ramai orang Beaufort yang hadir, Najib yang ditemani isterinya Datin Seri Rosmah Mansur secara sinis menyatakan jumlah kehadiran mereka ini sedikit sebanyak membuktikan siapa kata (pembangkang) boleh menawan Pekan Beaufort.

Dalam majlis yang sama, seramai 15 bekas anggota Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang diketuai Ketua Cabang PKR Beaufort Adnan Mohd Ali menyerahkan borang keahlian Umno disaksikan oleh Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Musa Aman, Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah Datuk Shafie Apdal dan Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi Tan Sri Bernard Dompok, Timbalan Ketua Menteri Sabah Tan Sri Joseph Pairin Kitingan dan Menteri Pembangunan Masyarakat dan Hal Ehwal Pengguna Sabah yang juga Anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) Klias Datuk Azizah Mohd Dun.

-UnReportedNews™®

No comments:

Post a Comment

You can comment whatever you want here but UnReportedNews™® will not be responsible if in the occasion that any legal action are to be taken on the person commenting in by other parties. :)

-UnReportedNews™®

UnReportedNews™® Hot Sizzling Malaysian Counterparts List