Thursday, 14 February 2013

NAK TUTUP "KEMALUAN BESAR", ANUGERAH TUHAN "CAMPAK" LEBIH RM70 JUTA UNTUK PRU13 SABAH & SARAWAK

-"ANUGERAH TUHAN" SEMESTINYA KECIWA DEK SAGA ANUGERAH GELARAN "HUGUAN SIOU"NYA (PEMIMPIN AGUNG) TIDAK DIIKTIRAF MASYARAKAT KADAZANDUSUN MURUT SABAH BARU-BARU INI, & TIDAK PUTUS ASA, BELIAU YANG DIKHABARKAN MEMILIKI PERUNTUKAN PERIBADI SEBANYAK RM2 BILION UNTUK PRU13 INI TELAH NEKAD "MELABUR" LEBIH DARI RM35 JUTA UNTUK SETIAP NEGERI, SABAH & SARAWAK! AMBOI! DENDAM BENAR NAMPAK! KEKEKE!-
  
Sejak kebelakangan ini, Anugerah Tuhan dikhabarkan telah acap kali didatangi diTropicana oleh pelbagai individu yang majoritinya adalah muka-muka baru yang tidak dikenali. Menurut seorang pegawai HQ, suasana sebegini ini menjadi kebiasaan, bahkan ianya seakan menjadi satu "ritual" bermusim yang hanya akan berlaku setiap lima tahun dimana, semakin ramai muka-muka baru yang tidak dikenali datang ke situ namun individu yang paling kerap sekali berulang-alik ke HQ  kebelakangan ini adalah Rahim Ghouse dan sekumpulan pelabur-pelabur perbankan yang muda-muda belaka yang sering diajak Anugerah Tuhan masuk "berbincang" dan kadangkala ia juga ada melibatkan orang asing namun ianya hanya sekali-sekala.

Demi mencapai visi dan impiannya menjadi Pemimpin No 1 negara ini, manusia yang di diberi gelaran Anugerah Tuhan tersebut dikhabarkan sanggup memperuntukkan DANA KHAS sebanyak RM2 bilion yang dipercayai milik peribadinya sendiri untuk menghadapi PRU yang akan akan datang. Jangan tanya dari mana puncanya wang tersebut tambahan, jumlah tersebut bagi individu yang bergelar Anugerah Tuhan berkenaan tidaklah tinggi namun sebagai seorang pemimpin yang dianggap ramai sebagai Anugerah Tuhan, beliau harus memberi tumpuan sepenuhnya serta komitment tanpa berbelah bagi. Dalam masa yang sama, Rahim Ghouse dikatakan juga sentiasa dalam keadaan sibuk mencatur dan mengira-ngira, mencari pelbagai kaedah dan cara yang terbaik untuk "menyeludup" masuk wang-wang yang akan diperuntukkan ke setiap negeri-negeri dengan selamat dan terjamin serta yang terpenting sekali, tiada risiko dan tidak dapat dikesan langsung dan jawapan muktamad pada akhirnya adalah;  Pasaran Saham dengan menpergguna Bursa Malaysia sebagai alat "menbersih & menghalalkan" wang tersebut untuk digunakan secara bebas dan terbuka.

Rafizi
Disebabkan PRU ini melibatkan jumlah dana yang agak besar, Anugerah Tuhan serta kuncu-kuncunya perlu mengendali setip satu sen dengan cermat dan berhati-hati, bukan bermaksudnya dari berbelanja boros atau berlebihan tapi ianya lebih menjurus berhati-hati agar tidak dikesan oleh mana-mana rada agensi keselamatan atau risikan yang berkaitan, lebih-lebih lagi SPR jesteru itu, difahamkan sebilangan akaun-akaun khas diwujudkan untuk memastikan semuanya dilakukan secara "sah" menurut undang-undang yang sedia ada serta banyak lagi lambakan dana yang boleh digunakan jika perlu dan menurut laporan semasa, setiap DUN PKR akan bakal diperuntukan dengan jumlah dana yang agak besar namun tumpuan utama dan idaman PKR adalah seperti biasa, iaitu Sabah dan Sarawak.

Difahamkan juga, tujuh kawasan Parlimen di Sarawak akan diberi perhatian khas dalam PRU ke 13 kali ini iaitu Stampin (P196), Miri (P219), Lawas (P222), Selangau (P214), Julau (P209), Saratok (P205) dan Mambong (P198) dan dalam percaturan Anugerah Tuhan, untuk setiap satu dari kawasan-kawasan berkenaan diperuntukan dana sebanyak RM5 juta amatlah memadai ...ya, dalam fikiran Anugerah Tuhan meyakinkan diri yang dana lebih dari RM35 juta untuk tujuh kawasan Parlimen (dan perbelanjaan lain) di Sarawak adalah satu angka yang sangat munasabah.

Saifuddin
Buat Negeri DiBawah Bayu pula walaupun pada asasnya Anugerah Tuhan memperuntukan jumlah dana yang lebih banyak kerana ianya meliputi banyak kawasan namun beliau bersetuju untuk menggunakan kaedah peruntukkan yang sama yang telah diigunakan di Sarawak sebanyak RM5 juta akan diperuntukkan untuk tujuh kawasan Parlimen yang sudah dikenalpasti iaitu; Penampang,  Kota Belud, Tuaran, Kota Marudu, Putatan, Libaran dan Tawau (yang masih dalam perundingan)  dan Dana Khas Anugerah Tuhan ataupun Bantuan Pilihanraya Anugerah Tuhan (BPAT2013) inn belum lagi termasuk untuk peruntukan Selangorku, dana luar dan dana politik Pakatan Rakyat! 

Buat negeri-negeri di Semenanjung pula, Anugerah Tuhan begitu optimistik kerana dalam PRU13 ini, visi dan fokus beliau adalah untuk memenangi sebanyak 50 kerusi Parlimen yang sudah pun di beri perhatian berbanding dengan 31 kerusi Parlimen yang kini dimiliki PKR, maka kawasan-kawasan yang bakal menerima sejumlah dana yang besar adalah sembilan kerusi baru yang sudah dalam perhatiannya, malah calon-calon di sesetengah kawasan tersebut juga secara rasminya telah dinamakan. Kawasan-kawasan berkenaan adalah seperti berikut; Bukit Katil (Shamsul Iskandar), Pandan (Rafizi Ramli), Gelang Patah, Alor Setar; Temerloh (SA?) Sabak Bernam (Dr Aziz Bari), Lumut, Ledang dan Muar.

Azmin
Sepuluh lagi kawasan lain yang dilabel sebagai kawasan yang diragui peluang kemenangannya . dikatakan masih sedang didalam kajian dan penilaian Saifuddin Nasution sementara kawasan yang akan ditandangi Shamsul Iskandar, Rafizi Ramli, Dr Aziz Bari dan Temerloh (?) dikatakan antara kerusi yang dikategorikan sebagai WAJIB MENANG dan difahami, Anugerah Tuhan sanggup memperuntukan lebih dari RM8 juta untuk sembilan kawasan ini sahaja termasuk kawasan yang akan ditandangi Shamsul Iskandar dan Rafizi yang telah diarah Anugerah Tuhan secara peribadi untuk WAJIB MENANG! Peruntukan yang lebih dijangka akan diberikan kepada bakal calon dan jentera kawasan terbabit dan demikian juga untuk 5 kerusi yang lain. 

Untuk 31 kawasan yang dipertahankan oleh PKR dalam PRU13 kali ini, Anugerah Tuhan menafsirkan jumlah dana RM3 juta untuk setiap kawasan sudah memadai dan saluran dana untuk kawasan-kawasan tersebut yang akan diurus oleh Azmin Ali dan beberapa orang akauntan bertauliah dan dalam ertikata lain jumlah dana untuk jentera dan bakal calon yang diurus oleh Azmin hampir mencecah RM100 juta.

Diedit semula dari artikel asal: Gelagat Anwar




-UnReportedNews™®

No comments:

Post a Comment

You can comment whatever you want here but UnReportedNews™® will not be responsible if in the occasion that any legal action are to be taken on the person commenting in by other parties. :)

-UnReportedNews™®

UnReportedNews™® Hot Sizzling Malaysian Counterparts List