Wednesday 20 February 2013

TAIB & MAJORITI MAHUKAN ROHANI KARIM!

-KENYATAAN MEDIA OLEH YANG KONONNYA DIKELUARKAN OLEH PBB PEMUDA BETING MARO & KAUM BAPA PBB SEBUYAU ADA BERKEMUNGKINAN TIDAK MEWAKILI ENTITI-ENTITI TERSEBUT SEBALIKNYA LUAHAN HATI ATAU PENDAPAT INDIVIDU-INDIVIDU TERTENTU! MUNGKIN "PERMINTAAN MEREKA" TAK DAPAT DIPENUHI KOT?! KEKEKE!!!-

Ahli Parlimen Batang Lupar Datuk Hajah Rohani Karim menegaskan isu mengenai calon bagi pilihan raya akan datang untuk kawasan Parlimen Batang Lupar tidak harus dipersoalkan dan seharusnya dibiarkan kepada kepimpinan tertinggi Barisan Nasional (BN).

Rohani berkata dengan nada kecewa, kenyataan media yang dibuat mereka yang mengakui mewakili PBB Pemuda Beting Maro dan PBB Kaum Bapa Sebuyau yang inginkan "orang lain" dan bukannya dirinya untuk menjadi calon Batang Lupar dalam PRU ke 13 sepatutnya tidak berlaku.

"Bagi saya, mereka harus menyuarakan hasrat dan pendapat mereka dengan cara yang sepatutnya, tetapi bukan melalui kenyataan media,"

"Ini kenyataan seumpamanya akan dapat merosakkan prestasi BN dalam kawasan Parlimen Batang Lupar," tegas Rohani.

Menurut Rohani juga, pada tempoh kritikal ini, di mana pilihan raya akan diadakan pada bila-bila masa, ahli-ahli BN perlu bersama-sama untuk memastikan kemenangan parti.

Beliau berkata sebarang masalah yang perlu dibincangkan di kalangan ahli-ahli parti kerana perbuatan sebegini hanya akan secara langsung merosakkan imej parti.

Apabila diminta untuk mengulas pendapat beliau mengenai komen Kaum Bapa PBB Sebuyau, Rohani yang juga merupakan Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK),berkata berkemungkinan orang yang mengeluarkan kenyataan itu dari pendapat peribadinya.

"Saya telah dimaklumkan oleh Kaum Bapa PBB Sebuyau yang mereka tidak terlibat dalam kenyataan ini, malah orang yang menyuarakan pendapat tersebut kerana bukan juga ahli-ahli jawatankuasa dalam cawangan parti,"

"Beliau boleh dikatakan sebagai menyalahgunakan nama PBB Cawangan Sebuyau dengan car yang tidak betul," kata Rohani sambil menambah beliau hanya menunggu untuk pengumuman yang akan dibuat Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak dan Ketua Menteri Pehin Sri Haji Abdul Taib Mahmud.

Untuk makluman pembaca, Rohani Karimlah adalah calon pertama Ahli Parlimen dari 31 kawasan Parlimen BN Sarawak yang telah diumumkan secara terbuka oleh Ketua Menteri Sarawak Pehin Sri Haji Abdul Taib Mahmud tahun lalu!

-UnReportedNews™®

No comments:

Post a Comment

You can comment whatever you want here but UnReportedNews™® will not be responsible if in the occasion that any legal action are to be taken on the person commenting in by other parties. :)

-UnReportedNews™®

UnReportedNews™® Hot Sizzling Malaysian Counterparts List