Friday 1 February 2013

"MUKJIZAT" POK NIK KINI MENINGKAT KE TAHAP "TUJUH PETALA LANGIT"?!

-SEMAKIN DAH DEKAT-DEKAT NAK PRU NI, MACAM-MACAM "KEAJAIBAN" KIAN BERLAKU & YANG TERBARU, MURSYIDUL  AM PAS BAGAIKAN TELAH "DIANUGERAHKAN KELEBIHAN DERIA KE-ENAM" SEHINGGA MAMPU "MENGESAN" PUAK MANA YANG AKAN MASUK NERAKA TERMASUK MANA-MANA "MENTERI" (YANG TAK SEWAKTU DENGANNYA LA TU! MENTERI BESAR MACAM POK NIK NAK KIRE GUANO?) NI DAH KES TERUK DAH NI! KEKEKE!!!-


"Menteri itu akan masuk neraka, tidak ada kuasa yang boleh menyekat dia masuk neraka kecuali syafaat Nabi Muhammad SAW."

Seolah-olah mempunyai kuasa menentukan balasan seseorang, Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat 'memutuskan' bahawa menteri yang bertanggunjawab dalam agihan royalti minyak kepada negeri akan masuk neraka kerana dakwanya telah menafikan hak kerajaan Pas Kelantan.

Biarpun tidak menyebut dengan khusus nama menteri yang dimaksudkan, dapat difahami bahawa beliau merujuk kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak selaku Menteri Kewangan.

Nik Abdul Aziz mempertikai kenapa royalti minyak tidak diserahkan kepada kerajaan Pas Kelantan sedangkan mereka dengan mudah telah mendapat habuan daripada perlombongan emas yang diusahakan sebuah syarikat dari negara Cina.

"Sepatutnya emas dan petrol sama sahaja, sama-sama milik kerajaan negeri, kenapa emas diberi kepada kita tetapi petrol tidak diberi?

"Orang ini bertanggungjawab dunia akhirat, dan dia kena sumpah, rakyat sumpah kepada menteri-menteri yang tidak bertanggungjawab jaga royalti, akhirat kelak dia akan masuk neraka, tidak ada kuasa boleh sekat menteri ini masuk neraka kecuali syafaat Nabi Muhammad SAW.

"Royalti baik, balak baik, ia sama ada boleh bawa kita ke syurga atau ke neraka, ini masalah besar, golongan sekular tidak fikir masalah syurga neraka, sedangkan benda itu benda ada, kerana syurga neraka ini bukan projek kerajaan, bukan projek parti, tapi daripada Allah," katanya di sini hari ini.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menyaksikan majlis penyerahan baki royalti emas dan sumbangan daripada syarikat CMNM Mining Group Sdn. Bhd. iaitu anak syarikat CNMC Goldmine Holdings Ltd. kepada Pejabat Tanah dan Galian (PTG) negeri sebanyak RM386,926 dan Perbadanan Kemajuan Iktisad Negeri Kelantan (PKINK) sebanyak RM347,115.

Sumber: Uusan Online

-UnReportedNews™®

No comments:

Post a Comment

You can comment whatever you want here but UnReportedNews™® will not be responsible if in the occasion that any legal action are to be taken on the person commenting in by other parties. :)

-UnReportedNews™®

UnReportedNews™® Hot Sizzling Malaysian Counterparts List