Thursday, 21 February 2013

HUSAM MUSA MENJILAT LUDAH & KAHAK SENDIRI! SEDAP TAK?

-SELAMA INI PAS MENGFITNAH KETUA MENTERI SARAWAK PEHIN SRI HAJI TAIB MAHMUD & DAH NAK MENJELANG PRU KE 13 DENGAN SELAMBA MEMBAWA MUKA TEBAL BERJUMPA TAIB! BOLEH JALAN LAH! KEKEKE!!!-

Setelah mengecam hebat Ketua Menteri Sarawak Tan Sri Abdul Taib Mahmud, Pakatan Rakyat kini cuba berjinak dengan beliau menjelang Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13).

Menurut nukilan rakan blogger Semut Hitam mengatakan Naib Presiden PAS Datuk Husam Musa dikerah untuk tugas itu dan beliau berjumpa dengan Taib di Pejabat Ketua Menteri itu pada Isnin lalu.

Menurut Harakah Daily, perjumpaan itu diadakan untuk  membincangkan pendirian kedua-dua negeri terhadap Akta Wilayah Laut 2012 yang diluluskan oleh Parlimen untuk memelihara keutuhan wilayah Malaysia.

Harakah yang banyak menyiarkan laporan membidas Taib pada pilihan raya negeri tahun lalu menyifatkan pertemuan itu “satu kunjungan yang penting antara PAS dan pemimpin Sarawak itu.”

Husam adalah Naib Presiden PAS yang juga Pengerusi Jawatankuasa Roadmap to Putrajaya yang dibentuk oleh PAS.

Beliau banyak terlibat dalam membentuk strategi PAS untuk membuka jalan yang luas bagi membolehkan Pakatan Rakyat menuju ke Putrajaya selepas pilihan raya umum ini.

Sumber-sumber kerajaan negeri Sarawak menegaskan hasrat Husam untuk berjumpa Taib mencerminkan rasa terdesak PAS dan Pakatan Rakyat untuk cuba meraih sokongan beliau  menjelang PRU13.

“Sebagai pemimpin negeri yang bertanggungjawab, sudah tentu Taib tidak akan menolak permintaan mana-mana pihak untuk berjumpa dengan beliau, tidak kira dari pihak mana,” kata sumber itu.

Ditanya kenapa Pakatan Rakyat tiba-tiba mahu bertemu Taib, sumber itu berkata “pilihan raya umum sudah dekat dan Taib masih gagah lagi.”    

“Tapi ini semua diketahui oleh Taib dan beliau arif mengenai politik pembangkang di dalam Sarawak dan di peringkat nasional,” tambah sumber itu.

Taib menjadi sasaran utama Datuk Seri Anwar Ibrahim dan pimpinan DAP serta PAS yang bertegas Ketua Menteri itu harus berundur setelah memimpin Sarawak lebih tiga dekad.

Bagaimanapun pada pilihan raya umum negeri 2011, Barisan Nasional pimpinan Taib terus mengekalkan majoriti dua pertiga.

Parti Pesaka Bumiputera Bersatu yang diterajui oleh Taib menyapu bersih kesemua 35 kerusi DUN yang ditandinginya di kawasan majoriti Melayu/Melanau dan Dayak.

Ps: Huh! Mengabihkan masa betul Si Husam Kambing ni yek. Masalah Negeri sendiri pun tak selesai, ada hati nak mengorat orang lain pulak? 

Dia ingat dia mampu ke nak ambik hati Pehin Seri dengan cara macam tu? Jangan harap la!!! Pehin Seri ni orang yang ada maruah. Bukan macam pemimpin - pemimpin Pakatan Pembangkang!!!

Artikel berkaitan:


-UnReportedNews™®

No comments:

Post a Comment

You can comment whatever you want here but UnReportedNews™® will not be responsible if in the occasion that any legal action are to be taken on the person commenting in by other parties. :)

-UnReportedNews™®

UnReportedNews™® Hot Sizzling Malaysian Counterparts List