Monday 4 February 2013

CALON PBB UNTUK PARLIMEN SAMARAHAN SARAWAK DISAHKAN SEORANG WANITA?

-MEMANG DASAR PBB & BN SARAWAK MELETAKKAN SEBERAPA RAMAI CALON-CALON WANITA DALAM MANA-MANA PILIHANRAYA-

Seorang calon wanita disebut-sebut untuk bertanding bagi kerusi Parlimen Kota Samarahan satu daripada 14 kerusi yang akan dipertahankan Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) pada pilihan raya umum ke-13 (PRU13).

Ketua Menteri, Tan Sri Abdul Taib Mahmud berkata, adalah menjadi dasar parti PBB dan Barisan Nasional (BN) Sarawak untuk cuba meramaikan calon-calon wanita dalam pilihan raya nanti.

"Perdana Menteri (Datuk Seri Najib Tun Razak) akan mengumumkannya (senarai calon PBB), jangan bimbang, pada asasnya beliau telah bersetuju mengenai perkara itu," kata Taib yang juga pengerusi BN negeri dan presiden PBB kepada pemberita selepas menghadiri majlis pelancaran Jentera Wanita BN Sarawak di Bangunan Dewan Undangan Negeri Lama, Petra Jaya di sini, hari ini.

"Ia (pengumuman itu) tidak lama lagi mungkin dalam masa dua atau tiga minggu lagi," katanya mengulas ucapan terdahulu bahawa seorang calon wanita mungkin menggantikan seorang calon lelaki sedia ada dalam satu daripada 14 kerusi yang akan ditandingi PBB.

Kini, PBB mempunyai tiga anggota parlimen wanita iaitu Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Datuk Rohani Karim yang juga Ahli Parlimen Batang Lupar, Nancy Shukri (Batang Sadong) dan Norah Abdul Rahman (Tanjong Manis).

Sementara itu, Ketua Wanita BN, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil yang turut hadir pada majlis itu yakin rakyat Sarawak akan terus memilih dan menyokong BN pada PRU13.

Katanya, keyakinan tersebut hasil maklum balas yang diterima daripada Jentera Pilihan Raya (Jalinan Rakyat) Wanita BN Sarawak bahawa golongan wanita, yang membentuk 49.97 peratus daripada keseluruhan jumlah pengundi di negeri ini, akan memilih parti yang membawa kepada kestabilan dan perpaduan.

"Akan ada tohmahan, serta fitnah terhadap kerajaan daripada pembangkang, namun saya percaya mereka (wanita) tidak akan perjudikan masa hadapan anak, keluarga, serta komuniti, dan terus memilih BN," katanya.

Mengulas mengenai calon wanita baru PBB pada PRU13 nanti, Shahrizat mengucapkan terima kasih dan pengumuman itu satu peningkatan kepada kuota calon wanita di Sarawak.

"Tapi apapun yang paling mustahak, kita mesti menang pada pilihan raya, dan jentera wanita BN Sarawak saya lihat berada dalam keadaan siap siaga dan sangat komited," katanya.

Sumber: Bernama

-UnReportedNews™®

No comments:

Post a Comment

You can comment whatever you want here but UnReportedNews™® will not be responsible if in the occasion that any legal action are to be taken on the person commenting in by other parties. :)

-UnReportedNews™®

UnReportedNews™® Hot Sizzling Malaysian Counterparts List