Sunday 13 January 2013

HIMPUNAN MENJANA KEWANGAN PAKATAN

-PATUT LER SUKA SANGAT BERHIMPUN, APA JER SPECIES HIMPUNAN PUN JADI .. RUPA-RUPANYA ADA "BANG ANU DI SEBALIK KAIN SHAMSIDAR" YER .. ITU NIAT SEBENAR KORANG YER .. YANG LEBIH BAHLUL BETUL DALAM HAL INI ADALAH LEMBU-LEMBU UPAHAN YANG SANGGUP JADI "PAK TURUT" JUGAK! KEKEKE!!!-
 


Bekas Ketua Penerangan Angkatan Muda Keadilan (AMK) Pusat, Shamsul Hidayat Mohd Shariff mendakwa dana dari luar negara telah menukarkan Parti Keadilan Rakyat (PKR) daripada sebuah parti miskin kepada kaya.

Shamsul yang pernah menjadi anggota jawatankuasa perhimpunan haram Bersih 1 pada 2007 berkata, beliau pernah bekerja di ibu pejabat PKR di Brickfields dan PKR ketika itu sangat miskin sehingga ada gaji pekerja yang tertangguh selama dua hingga tiga bulan.

"Sebaik sahaja pucuk pimpinan PKR mahu mengadakan demonstrasi haram Bersih 1, tiba-tiba dana dari luar negara masuk dan PKR bertukar wajah, bendera-bendera PKR juga disumbangkan oleh pihak tertentu dari luar negara dan bendera itu bukan ditempah di Malaysia," katanya kepada pemberita di ibu pejabat Umno di sini semalam.


Shamsul berkata, beliau tidak hairan jika himpunan yang dirancang diadakan oleh pembangkang esok akan membawa masuk dana untuk PKR bagi menghadapi pilihan raya umum yang ke-13.

Samsul berkata beliau keluar daripada PKR selepas melihat parti itu telah lari daripada matlamat perjuangannya.

Sebelum itu Samsul menyerahkan borang keanggotaan Umno kepada ibu pejabat parti itu yang disaksikan Ketua Penerangan Umno, Datuk Ahmad Maslan.

Turut menyertai Umno hari ini ialah dua bekas penyokong kuat Anwar, peguam Saiful Ambar Abdullah Ambar dan pelajar universiti tempatan, Mohamad Asrul Md Jalani.

Saiful Ambar adalah peguam kepada bekas Ketua Wanita PKR Pulau Pinang, Aminah Abdullah yang juga keluar daripada PKR kerana merasakan perjuangan PKR tersasar daripada matlamat asalnya.
 
Sumber: Bernama

-UnReportedNews™®

No comments:

Post a Comment

You can comment whatever you want here but UnReportedNews™® will not be responsible if in the occasion that any legal action are to be taken on the person commenting in by other parties. :)

-UnReportedNews™®

UnReportedNews™® Hot Sizzling Malaysian Counterparts List