Friday 18 January 2013

FREKUENSI FREE RADIO SARAWAK AKAN DISEKAT?

-FREE RADIO SARAWAK YANG "AGAK NAKAL" MENGHASUT RAKYAT TERUTAMANYA KAUM BUMIPUTERA DI LUAR BANDAR .. KALAU TAKDE SIARAN, BUANG SAJA RADIO PERCUMA ITU KE DALAM "JAMBAN"! KEKEKE!!!-
 
Ketua Menteri Pehin Sri Haji Abdul Taib Mahmud menyerah sepenuhnya kepada pihak berkuasa yang berkaitan untuk memutuskan sama ada untuk mengambil tindakan ke atas dua stesen bebas; Radio Kenyalang (RK) dan Radio Free Sarawak (RFS) atau sebaliknya.
 
"Saya tidak tahu, ia adalah terpulang kepada pihak berkuasa yang berkaitan memutuskan untuk mengambil tindakan .. Saya tahu (bahawa) Radio Free Sarawak "agak nakal"," kata Taib ketika ditanya pemberita sama ada terdapat keperluan yang perlu diambil tindakan ke atas stesen-stesen ini.
 
Tindakan yang dicadangkan oleh sesetengah pihak termasuk menyekat frekuensi radio stesen-stesen ini yang dikatakan telah meracuni fikiran rakyat, lebih-lebih lagi melibatkan kaum Bumiputera di kawasan luar bandar.
 
"Mereka (stesen) tidak mempunyai rasa hormat terhadap kebenaran, ramai orang mendengar dan ramai orang sangat marah kerana mereka tahu iu semua adalah pembohongan belaka," katanya lagi.
 
"Kemungkinkan hanya segelintir kecil yang percaya dan terpengaruh dengan mereka, sebenarnya mereka melakukan siaran radio secara haram (ke negeri ini) dari negara asing menunjukkan orang-orang ini telah tiada motif tulen untuk melakukan perkara-perkara yang mereka uar-uarkan."
 
Semalam, Presiden PRS Tan Sri Dr James Masing menggesa bahawa dua "entiti haram"; RFS dan RK mesti dihentikan dari meracuni minda penduduk luar bandar, terutamanya kaum-kaum Bumiputera di luarbandar membencikan kerajaan.
 
"Pihak Berkuasa berkenaan mesti bertindak terhadap mereka yang mengedarkan set radio percuma di kawasan luar bandar, sebahagian daripada modus operandi kedua-dua stesen radio untuk menghalang orang lain daripada bebuat begitu juga atau sekurang-kurangnya dapat menyekat frekuensi mereka agar tidak dapat kedengaran," kata Masing lagi.

-UnReportedNews™®

No comments:

Post a Comment

You can comment whatever you want here but UnReportedNews™® will not be responsible if in the occasion that any legal action are to be taken on the person commenting in by other parties. :)

-UnReportedNews™®

UnReportedNews™® Hot Sizzling Malaysian Counterparts List