-DUA RAKYAT MALAYSIA, YANG BEKERJA DI PENGKALAN GAS BERKENAAN DI ANTARA MEREKA YANG DIJADIKAN TEBUSAN .. DOAKANLAH AGAR MEREKA SENTIASA DALAM KEADAAN SELAMAT!-
Rakyat Malaysia dan Filipina merupakan antara tebusan yang kini menjadi tahanan di pangkalan gas di Algeria, lapor saluran berita Perancis, France 24 pada Rabu berdasarkan apa yang dilaporkan mengenai perbualan telefon dengan seorang lelaki warga Perancis.
Stesen itu, hanya menyiarkan sedutan perbualan mereka yang amat singkat yang dirakam dengan tebusan Perancis, berkata bahawa lelaki itu telah memberitahu mereka bahawa dia bersama-sama dengan rakyat Inggeris, Jepun, Filipina dan Malaysia.
Agensi berita France 24 itu bagaimanapun menyebut, tiada cara untuk mengetahui sekiranya tebusan telah bercakap di bawah kekangan pihak yang menahan mereka.
Menurut stesen itu, warga Perancis berkenaan memberitahu bahawa tebusan ditahan dalam sebuah bangunan yang tertutup di pangkalan gas di selatan Algeria dan mereka yang menjadi tebusan mempunyai tali pinggang berisi bahan letupan yang dipakaikan kepada mereka sebagai halangan terhadap serangan mana-mana pasukan keselamatan.
Perancis tidak mengesahkan bahawa salah satu daripada rakyatnya merupakan di kalangan tebusan berkenaan.
Satu kumpulan militan memberitahu media Mauritania bahawa mereka menawan 41 warga negara Barat, antara mereka adalah rakyat Perancis, British dan Jepun, juga tujuh rakyat Amerika Syarikat (AS), di pangkatan gas, In Amenas, yang dikendalikan bersama oleh syarikat minyak British, BP dan syarikat Norway, Statoil dan syarikat bekalan kuasa Algeria, Sonatrach.
Pihak berkuasa Algeria berkata, seorang rakyat Algeria dan warga British telah terbunuh dalam serangan itu.
Beberapa sumber sebelum ini merujuk tebusan-tebusan tersebut antara lain adalah terdiri daripada beberapa rakyat AS dan Britain, seorang warga Perancis, seorang warga Ireland, serta beberapa rakyat Jepun dan Norway.
Satu kumpulan militan, dalam satu kenyataan yang disiarkan di laman web Mauritania iaitu Alakhbar sebagai berkata, penculikan itu merupakan pembalasan ke atas campur tangan tentera Perancis terhadap puak bersenjata yang merampas kawalan di utara Mali.
Sumber: AFP
-UnReportedNews™®
No comments:
Post a Comment
You can comment whatever you want here but UnReportedNews™® will not be responsible if in the occasion that any legal action are to be taken on the person commenting in by other parties. :)
-UnReportedNews™®