Tuesday 25 December 2012

KARPAL SINK "JELES" NGEH DAPAT GELARAN DATUK & 10,000 HEKTAR TANAH?

-DALAM ERTIKATA LAIN, NGEH SOUND KAT KING KARPAL, "SYABAS INSPEKTOR SAHAB!, LU JANGAN KEPOH LAH, ITU WA PUNYA PASAL LAH!!! YOU SHUT-UP!!" KEKEKE!!!-
Pengerusi DAP Perak, Datuk Ngeh Koo Ham, meminta supaya isu gelaran Datuk tidak diperbesarkan hingga menjejaskan kepimpinan dalam parti itu.

Beliau berkata, situasi itu tidak sepatutnya dibangkitkan oleh Pengerusi parti, Karpal Singh kerana soal penerimaan darjah kebesaran telah mendapat sokongan majoriti Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC).

Menurutnya, sementara Karpal menentang, majoriti ahli menyuarakan pendapat agar beliau menerima anugerah berkenaan.

"Saya harap beliau menerima keputusan yang sudah dibuat, Jangan biarkan isu begini mengganggu tugas parti," katanya dalam kenyataan, semalam.

Karpal, dalam kenyataannya kelmarin memaklumkan, mengikut prinsip yang dipersetujui oleh ahli parti sejak pertengahan 1990-an, setiap Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) dan Ahli Parlimen DAP tidak dibenarkan menerima anugerah Datuk dalam tempoh mereka memegang jawatan dalam parti.

Mengulas lanjut, Koo Ham berkata, sekiranya Karpal masih berpegang teguh dengan pendirian berkenaan, ia harus dibincangkan bersama CEC untuk dikaji semula.

Katanya, sebagai wakil rakyat, beliau percaya, anugerah yang diterima ketika masih menjawat sebagai Exco Kanan Kerajaan Negeri itu adalah atas persetujuan sultan sendiri.

"Saya tidak pernah berusaha untuk dianugerahkan dengan kehormatan atau apa-apa gelaran kerana saya percaya apa sahaja yang kita perolehi ini berdasarkan faktor apa yang telah kita jalani," katanya.

Koo Ham yang menerima anugerah Datuk pada 2008 daripada Sultan Perak, Sultan Azlan Shah, merupakan ahli DAP pertama yang menerima kebesaran berkenaan di Malaysia.
 
Sumber: Semut Hitam

-UnReportedNews™®

No comments:

Post a Comment

You can comment whatever you want here but UnReportedNews™® will not be responsible if in the occasion that any legal action are to be taken on the person commenting in by other parties. :)

-UnReportedNews™®

UnReportedNews™® Hot Sizzling Malaysian Counterparts List