Tuesday, 25 December 2012

AKHIRNYA DAP AKUI AMBIL RASUAH?

-SETELAH GAGAL DALAM SEGALA CUBAAN MELEPASKAN DIRI DARI DIKAITKAN DENGAN PEMILIKAN TANAH DI KELANTAN, SI APEK NGEH INI MENGAKUI AKHIRNYA .. KAN BAGUS BEGITU .. GOOD BOY .. SO SPRM APA LAGI? JALANKAN TUGAS ANDA!!! KEKEKE!!!-

Akhirnya, Pengerusi DAP Perak, Ngeh Koo Ham mengakui memiliki tanah di Kelantan seperti yang didakwa Exco Perak, Datuk Hamidah Osman dalam sidang DUN Perak.
Ngeh memiliki tanah di Kelantan menerusi syarikat Upayapadu Plantation Sdn. Bhd. yang mendapat projek pembalakan di Kelantan. Ini sangat menimbulkan perasaan tidak puas hati Karpal Singh selaku Pengerusi DAP Pusat. Ini sangat memalukan kerana isu ini akan membuatkan rakyat tidak akan lagi percaya dengan DAP yang cakap tidak serupa bikin. Mana CAT yang diperjuangkan DAP di Pulau Pinang dan keseluruhan DAP?
Dalam isu terbaru dan hangat ini, Karpal Singh dijangka akan memanggil Ngeh Koo Ham dan beberapa pemimpin DAP yang terlibat ke dalam CEC bagi mendapatkan penjelasan dan menyelesaikan perkara ini menerusi undang-undang DAP. Jangan ingat anda Pengerusi DAP Perak maka akan terlepas daripada undang-undang!
Bagaimanapun, Ngeh Koo Ham menegaskan beliau dan pemimpin yang terlibat tidak perlu dipanggil ke dalam CEC memandangkan penjelasannya berhubung isu ini telah diemelkan kepada semua jawatankuasa CEC. Mungkin agaknya Karpal Singh tidak membuka emel atau belum sempat membuka emel bagi membaca penjelasan Ngeh Koo Ham.
Difahamkan, selain Karpal Singh, emel itu juga dihantar kepada Penasihat DAP, Lim Kit Siang.
Namun, DAP harus menjelaskan kepada rakyat mengenai tanah yang dimiliki Ngeh Koo Ham dan beberapa pemimpin DAP lain. Kenapa sebelum ini apabila Exco Perak, Datuk Hamidah Osman membongkarkan isu ini, pemimpin DAP Perak terutama Ngah Kor Ming dan Ngeh Koo Ham sendiri menafikan keterlibatan mereka dalam isu tanah di Kelantan?
Sumber: Wira Kenyalang

-UnReportedNews™®

No comments:

Post a Comment

You can comment whatever you want here but UnReportedNews™® will not be responsible if in the occasion that any legal action are to be taken on the person commenting in by other parties. :)

-UnReportedNews™®

UnReportedNews™® Hot Sizzling Malaysian Counterparts List