Tuesday 23 July 2013

BLOGGER PEMBANGKANG AMENOWORLD KANTOI?

-PEMBETULAN FAKTA BERHUBUNG DAKWAAN KONONNYA PELAJAR BUKAN ISLAM MAKAN DI DALAM BILIK AIR SEKOLAH DIPAPARKAN OLEH AMENOWORLD! APA MOTIF DISEBALIK DAKWAAN ITU? HENDAK MEMULAKAN RASA KETIDAKPUASANHATI ANTARA KAUM?-

Blog Amenoworld di entri terkini memaparkan dakwaan KONONNYA pelajar bukan Islam, berketurunan India dan Cina makan di dalam BILIK AIR.  

Berita itu kini tersebar secara meluas  di media sosial.

Saya ingin  MEMPERBETULKAN  dakwaan itu agar tidak berterusan menjadi FITNAH.

Sumber daripada pihak bertanggungjawab memaklumkan  kepada  saya kira-kira 30 minit tadi.

"Gambar dirakamkan oleh keluarga pelajar itu  kini tersebar di internet  BUKAN bilik air tetapi BILIK PERSALINAN  telah dinaiktaraf oleh pihak sekolah. Bilik sama dilengkapkan dengan dua  meja serta beberapa  sinki untuk  memudahkan pelajar bukan beragama Islam membasuh tangan mereka," ujar sumber.

"Mengapakah mereka tidak makan di kantin?," soal saya.

"Kantin sekolah ditutup sejak hari pertama bulan Ramadan kerana kerja menggantikan pintu kayu dengan pintu  kaca. Pihak pengurusan sekolah bimbang jika dalam proses pembinaan itu, mungkin pelajar menggunakan kantin akan tercedera," jawabnya.

Gambar dipaparkan oleh blogger pro pembangkang itu seharusnya diteliti dan disiasat kesahihannya. Jika benar pelajar makan di  bilik air, mengapakah perakam  tidak memuatkan gambar mangkuk tandas? Bukankah gambar sebegitu LEBIH tragis sekaligus menjahanamkan imej sekolah majoriti tenaga pengajarnya berbangsa Melayu?

Saya difahamkan, selain pelajar Melayu,  Sekolah Rendah  Kebangsaan, SRK Seri Pristana, mempunyai 23 pelajar berketurunan India dan 3 Cina. Sekolah terbabit terletak berhampiran Penjara Sungai Buloh, Selangor.

"Boleh tolong hantarkan kepada saya gambar BILIK AIR sekolah itu," pinta saya.

Sebaik gambar dipinta dihantarkan kepada saya, In Sha Allah, bakal saya kongsikan bersama semua pembaca.


Kes ini telah saya maklumkan kepada kakitangan Pejabat Ketua Pengarah Pendidikan Malaysia dan diketahui oleh Pengarah Pendidikan Selangor.

Bukankah molek JIKA  blogger Amenoworld terlebih dahulu  mendapatkan penjelasan daripada pihak terbabit. Alhamdulillah,  saya telah menghubungi pihak berkaitan sebelum memaparkan entri ini.

Bilik air dan bilik persalinan, berbeza. (sumber

-UnReportedNews™®

1 comment:

  1. Klu anak-anak ini di beri makan kat dlm tandas dah tentu anak-anak ini dah bgtahu mak dan bapa mereka...jgn jadi tolol la utk bakar isu sebegini rupa wahai si tolol lagi togong bloger Amenoworld...cuba lihat rupa sekolah pristana ini...ini rekabentuk sekolah moden la....tak tahu lain kali tanya jgn jadi mcm nuar jubo kerja menyalak siang malam cari salah orang je...

    ReplyDelete

You can comment whatever you want here but UnReportedNews™® will not be responsible if in the occasion that any legal action are to be taken on the person commenting in by other parties. :)

-UnReportedNews™®

UnReportedNews™® Hot Sizzling Malaysian Counterparts List