Tuesday 23 July 2013

PRK KUALA BESUT: HADI AWANG MEMFITNAH?!

-“SEBAGAI ORANG AGAMA, HADI TIDAK PATUT BUAT TUDUHAN TANPA BUKTI!” SEBENARNYA DI TERENGGANU, TIADA PAKATAN ANTARA PKR & PAS SEPERTI YANG DI LAUNG-LAUNGKAN PEMIMPIN ATASAN KEDUA PARTI SEBALIKNYA PAS HANYA JADIKAN PKR TERENGGANU “PAKAT TANG” SAJER! DAH LAMER TAHU SEMUANYA WAYANG JER! KEKEKE!!!-

Ini bukan cerita reka tetapi meletup dari mulut Pengarah Pilihanraya PKR Terengganu, Yahye Zakaria.

Katanya, di Terengganu tidak ada pakatan antara PKR dan PAS seperti pemimpin-pemimpin atasan kedua-dua parti selalu laungkan.

Apa yang ada katanya, adalah PAKAT TANG ..dalam loghat Terengganu bermasuk pakat hentam.

Dan dalam PRU 13, terbukti PKR kena ‘hentam’ dengan PAS yang mahu memonopoli semua kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Terengganu.  

Menurut Yahye, sebelum pilihan raya umum Mei lalu, PAS sudah hantar memorandum minta PKR serahkan kerusi yang ditandingi parti itu pada PRU 12.

Nasib baik PKR dapat juga tujuh kerusi untuk ditanding tetapi PAS sabotaj apabila berlaku pertindihan di beberapa kawasan dengan turut meletakkan calon mereka.

Antara kerusi bertindih di DUN Bukit Besi, DUN Kota Putera dan DUN Seberang Takir.

Memanglah PAS serah tujuh kerusi tetapi hanya di DUN Bandar sahaja dimenangi Pengerusi PKR negeri Azan Ismail.

Semua DUN lain lingkup kerana dipercayai penyokong-penyokong PAS tidak menyokong calon PKR.

Bukan itu sahaja malah motif itulah juga dikatakan sebab Presiden PAS Datuk Seri Hadi Awang mengeluarkan kenyataan ada calon PKR mengedar pil kuda dan menggantung potret pemimpin komunis di ibu pejabat mereka.

Bagi Yahye semua itu usaha PAS untuk menyapu bersih kerusi DUN di Terengganu sekaligus mengenepikan pengaruh PKR di negeri tersebut.

“Pakatan hanya ada di negeri-negeri sebelah Barat saja. Di Terengganu hanya ada PAKAT TANG,” ujar beliau yang turut serta dalam sidang media bekas calon DUN Bukit Besi Shamsul Mat Akin di Kuala Besut pada Isnin.

Shamsul sudah membuat laporan polis dan bercadang menyaman Hadi kerana mengeluarkan kenyataan fitnah adanya calon PKR mengedar pil kuda.       

Selain Shamsul, calon PKR bagi Adun Kota Putera Mohamed Abdul Ghani Ibrahim dan Ahmad Nazri Mohd Yusof  (DUN Seberang Takir) juga akan mengemukakan saman atas kenyataan Hadi pada April lalu.

Dalam kenyataan itu, Hadi menjelaskan mengenai tindakan PAS untuk meletakkan calon menentang calon PKR di tujuh kerusi pada pilihan raya umum 5 Mei, termasuk menentang tiga individu tersebut.

Menurut Yahye, tidak ada perbincangan PKR dan PAS peringkat negeri Terengganu.

“Sebagai orang agama, Hadi tidak patut buat tuduhan tanpa bukti,” katanya.

Pada sidang media jelas terbayang kekecewaan Shamsul dan Yahye terhadap tindak tanduk PAS Terengganu dan Hadi.

Malah Shamsul beberapa kali menahan sebak ketika sidang media itu kerana seolah-olah rasa dianiaya oleh PAS dengan fitnah tersebut hingga memalukan beliau dan keluarganya.

Bahkan, kata Shamsul, seorang kontraktor ada jemaah di masjid tidak mahu bersalam dengannya lagi kerana percaya tohmahan Hadi.

Barangkali kerana kekecewaan itu, ketika Agendadaily bertanya, apakah itu punca PKR Terengganu tidak turun berkempen membantu calon PAS bertanding pada PRK Kuala Besut, Yahye jawab rengkas, “Faham-fahamlah,”.

Bagaimanapun, mereka berdua mengakui masih ahli PKR dan akan meneruskan perjuangan di Terengganu walaupun PAS akan terus PAKAT TANG mereka.

Ambil kira pendedahan ini, jelaslah cakap-cakap bahawa hubungan PKR dan PAS memang ‘rapuh’ dan semata-mata mahu ke Putrajaya sahaja sedangkan hakikat sebenar masing-masing bagai enau dalam belukar, melepaskan pucuk masing-masing.

Harap-harap Hadi dan Datuk Seri Anwar Ibrahim ada jawapan disebalik pendedahan Yahye ini. (sumber)     

-UnReportedNews™®

No comments:

Post a Comment

You can comment whatever you want here but UnReportedNews™® will not be responsible if in the occasion that any legal action are to be taken on the person commenting in by other parties. :)

-UnReportedNews™®

UnReportedNews™® Hot Sizzling Malaysian Counterparts List