Tuesday, 30 October 2012

JANGAN LEBIH-LEBIH BROTHER!!!

-LU BESAR LAGI DARI KETUA MENTERI & PERDANA MENTERI KER? LU SAPA? BESAR KEPALA KOT? KEKEKE!!!-
Kata putus dari Ketua Menteri Sarawak Pehin Seri Haji Abdul Taib Mahmud atau Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mengenai calon-calon yang akan bertanding dalam PRU yang akan datang ni belum di umumkan secara rasmi lagi namun terdapat segelintir anggota BN yang bergerak secara sendiri seolah-olah mempromosikan calon mereka sendiri.

Mereka bergerak secara kumpulan bersama dengan beberapa ahli sukarelawan Barisan Nasional dan baru-baru ini, kumpulan ini telah memasuki ke sebuah kampung terpencil di salah sebuah kawasan Parlimen berdekatan dengan Bandaraya Kuching ini.

Segala aktiviti mereka ini kemudiannya di pertayangkan media social Facebook seolah-olah tanpa segan dan silu seolah mereka ini tidak tahu etika parti dan tidak sedar akan kesalahan mereka.

Apabila di tanya oleh salah seorang rakan UnReportedNews™®, mereka menyatakan kononnya mereka ini bergerak atas nama NGO bukannya parti tapi yang peliknya, semua buah tangan yang di beri kepada penduduk setempat mempunyai logo BN.

Di tanya lagi samada aktiviti mereka sudah di maklum dengan ADUN atau ahli Parlimen kawasan tersebut, admin facebook tersebut atau ahli-ahl mereka semuanya diam membisu.

Yang nyata, pergerakkan mereka ini tidak mendapat restu dari pimpinan BN Negeri dan perbuatan mereka ini seolah-olah “melebihi” Ketua Menteri dan Perdana Menteri.

Ingat sikit, kita ni hidup berparti, jika ahli parti sendiri tidak menghormati dan mengingkari ketua, bagaimana pula pandangan orang lain terhadap PBB dan BN Sarawak?

-UnReportedNews™®


No comments:

Post a Comment

You can comment whatever you want here but UnReportedNews™® will not be responsible if in the occasion that any legal action are to be taken on the person commenting in by other parties. :)

-UnReportedNews™®

UnReportedNews™® Hot Sizzling Malaysian Counterparts List