Saturday 3 November 2012

PERGERAKAN SSKM, ANCAMAN KEPADA NEGERI SARAWAK?

-DIFAHAMKAN PERGERAKAN INI BERGERAK AKTIF MENYEBARKAN IDEOLOGI MEREKA SECARA UMUM YANG ADA BERKEMUNGKINAN BERMOTIFKAN POLITIK OLEH BEBERAPA ORANG INDIVIDU..RAKYAT DI SARAN JANGAN MUDAH TERPENGARUH DENGAN IDEOLOGI UTAMA MEREKA IAITU AGAR SABAH & SARAWK KELUAR DARI  MALAYSIA..MOHON AGAR AGENSI ATAU JABATAN KERAJAAN BERKAITAN AGAR LEBIH PRO-AKTIF DALAM MENANGANI  ISU INI..PESANAN BUAT AHLI-AHLI POLITIK YANG BERKAITAN, “DAH TAK DA MODAL KAGI KER?” KEKEKE!!-

Rakyat Sarawak disaran tidak terpengaruh dengan ideologi kumpulan gerakan pemisah Sarawak Sabah Keluar Malaysia (SSKM) yang diuar-uarkan dalam laman sosial ketika ini.
 
Aktivis Sosial Wan Zain Syed Mohdzar berkata SSKM sengaja mewujudkan satu akaun baharu dalam laman sosial bertujuan untuk meracuni dan mengelirukan rakyat Sabah dan Sarawak.
“SSKM sengaja memutar belit beberapa fakta berkaitan perjanjian dalam penubuhan Malaysia, malah menyifatkan kerajaan persekutuan tidak menghormati Perkara 18/20 Perjanjian Penggabungan 1963,” katanya kepada Utusan Borneo semalam.
Beliau memberitahu, gerakan pemisah SSKM itu kemungkinan didalangi oleh ahli-ahli politik yang kurang senang dengan pentadbiran kerajaan Malaysia sehingga cuba menimbulkan isu sensitif.
“SSKM tidak berdaftar dengan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (ROS) dan ia bergerak secara haram melalui laman sosial dengan menghasut, mengeliru dan menipu rakyat Sabah dan Sarawak,” jelasnya.
Tambahnya sekiranya SSKM terus dibiarkan meracuni pemikiran rakyat Sabah dan Sarawak dalam laman sosial, maka ia boleh mengganggu gugat ketenteraman majoriti rakyat Borneo.
“Kita menggesa agensi kerajaan berkaitan mengambil tindakan tegas terhadap pemilik laman sosial SSKM atau menutup akaun terbabit kerana ia boleh mengancam ketenteraman awam,” ujarnya.
Wan Zain memberitahu, pelbagai isu atau fakta kurang tepat diperbincangkan dalam laman sosial SSKM semata-mata untuk menghasut rakyat Sabah dan Sarawak membenci kerajaan persekutuan.
“Saya menyeru pihak berkaitan menyiasat dalang di sebalik gerakan pemisah SSKM serta mempraktikkan akta berkaitan supaya mereka yang bersalah dikenakan tindakan tegas,” jelasnya.
Sementara itu, beliau melihat perjanjian terbabit tidak berat sebelah bahkan hubungan baik antara Sarawak dan kerajaan persekutuan tetap terpelihara dan dijaga dengan baik.
 “Tuduhan bahawa kerajaan persekutuan merampas tanah Sarawak tidak pernah berlaku seperti yang didakwa SSKM sebaliknya isu itu sengaja dibangkitkan untuk menimbulkan suasana tegang di antara rakyat kedua-dua pihak,” katanya.
Sarawak katanya tetap menerima lonjakan pembangunan secara berterusan daripada kerajaan pusat dan ia membuktikan kerajaan persekutuan tidak menganaktirikan negeri Sarawak.
Sumber: Mohd Norhadie Sahari (Utusan Borneo November 1, 2012)

-UnReportedNews™®

No comments:

Post a Comment

You can comment whatever you want here but UnReportedNews™® will not be responsible if in the occasion that any legal action are to be taken on the person commenting in by other parties. :)

-UnReportedNews™®

UnReportedNews™® Hot Sizzling Malaysian Counterparts List